SELAMAT BERCUTI

>> 29 May 2009

SK Tedong mengucapkan "Selamat Bercuti" Pertengahan Penggal 2009 kepada semua warga guru dan murid-murid terutama kepada guru-guru dan murid-murid SK Tedong. Tetapi kepada guru-guru yang terlibat dengan kelas tambahan Tahun 6, Tahun 5 , Tahun 4, dan Skim Baucer Tiusyen terpaksalah juga datang ke sekolah pada waktu cuti pertengahan penggal ini untuk menjalankan tugas anda. Murid-murid yang terlibat dengan kelas tambahan, jangan ponteng ye.... Tetapi tidak mengapa, pada hujung minggu bolehlah bersantai dengan keluarga tersayang.
Cuti memang seronok, tetapi yang paling penting....
JAGALAH KESELAMATAN DIRI.

Read more...

SK TEDONG

>> 26 May 2009

SK Tedong terletak di Kampung Tedong, Merlimau, Melaka. Waktu persekolahan sesi pagi sahaja. Jumlah guru pada tahun 2009 ialah seramai 30 orang manakala jumlah murid-murid ialah seramai 317 orang termasuk murid-murid prasekolah. Prasarana sekolah adalah seperti berikut:
2 buah blok bangunan 3 tingkat.
12 buah kelas perdana.
1 buah makmal komputer.
1 buah pra-sekolah.
1 buah gelanggang serbaguna(bola tampar, sepaktakraw).
1 buah bilik sains.
1 buah bilik sembahyang.
1 buah bilik perpustakaan.
1 buah bilik Kemahiran Hidup.
Tidak ada padang kerana kawasan terhad.

Read more...

SELAMAT MEMANDU

Pada 29 Mei~13 Jun ini, bagi negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan bermulalah cuti persekolahan selama 16 hari. Bagi negeri-negeri lain pula,cuti persekolahan akan bermula pada 30 Mei~14 Jun. Maka pada waktu inilah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bercuti. Oleh itu tentulah jalan-jalan raya dan lebuh raya akan sesak dengan pelbagai kenderaan menuju destinasi masing-masing. Pada kesempatan ini, di sampaikan beberapa tips pemanduan yang selamat:

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya pada penumpang depan dan belakang.

2. Jangan memandu melebihi had laju. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan anda dengan kenderaan hadapan. Jika memandu dalam keadaan hujan lebat, kekalkan lebih jarak kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Ketika memandu, berkemungkinan kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya yang lain untuk memastikan keselamatan anda.

5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia boleh menyilaukan mata anda. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6. Sentiasa peka dan berhati hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba tiba untuk mengelak sesuatu objek atau lopak air atau lubang besar di atas jalan raya .

7. Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat keadaan ini sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman pada permukaan jalan yang basah. Pandulah kereta dengan perlahan dan berhati hati jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9. Jangan membiarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awas tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.

10. Elak memandu ketika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya ia membuatkan lebih segar dan peka.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan yang diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang kurang sekali setiap minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalanraya terutama sekali memandu di waktu malam dan keadaan cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak kanak yang berusia lima tahun ke bawah hendaklah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.


Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

SELAMAT MEMANDU



Jangan memandu secara terburu-buru sehingga terjadi begini. ELAKKAN TRAGEDI.


Read more...

SENARAI GURU BESAR SK TEDONG

>> 25 May 2009

RASUL BIN HAMZAH (1897~1913)
ABDULLAH BIN MD. ARIFF (1913~1915)
BADIK BIN ABU (1915~1919)
MD. YASIN BIN LIMAN (1919~1924)
RASUL BIN HAMZAH (1924~1925)
HJ. JAAFAR BIN MOHAMAD (1925~1937)
HJ. ABD RAHIM BIN BABA (1937~1943)
HJ. SAID BIN HJ.HASAN (1943~1945)
HJ. ABD RAHIM BIN BABA (1945~1948)
JAAFAR BIN JENAN (1948~1953)
HJ. MD DENI BIN AB. LATIF (1953~1956)
HJ. ABDUL BIN SUHAMIN (1956~1961)
HJ YAAKOB BIN AYUB (1961~1961)
HJ. HAMZAH BIN HJ. AHMAD (1961~1967)
HJ. ABDUL SAMAD BIN AHMAD (1967~1969)
MEKAH BIN KHAMIS (1969~1976)
HJ. MD SALLEH BIN HJ MD ALI (1977~1982)
HJ. YAAKUB BIN MD YASIN (1983~1985)
HJ. MD. ZIN BIN HJ. IBRAHIM (1986~1991)
HJ. HASAN BIN HJ. IBRAHIM (1991~1994)
WAN RUHANA BT WAN AHMAD (1994 ~1996)
HJH. ROSIAH BT HJ. ISMAIL (1997~2000)
HJ. MD NOR BIN MD. SAID (2001~2002)
LYE KIM YONG (2002~2002)
HJH. TG. ZAINON BT CHE KU HINDUNG (2003~2008)
NATRAH BT BUDIN ( 2008~ Mei 2010)
HJ. MOHD ISMAIL BIN PUTEH (JUN 2010 - kini)

Read more...

KEDUDUKAN SK TEDONG

>> 24 May 2009

SK Tedong terletak di Kampung Tedong dalam Daerah Jasin. Jarak ke Bandar Jasin ialah lebih kurang 23 km manakala jarak ke Bandar Melaka ialah lebih kurang 19 km. Bandar terdekat ialah Pekan Merlimau iaitu sejauh 5 km. Peta dan pelan di bawah menunjukkan kedudukan SK Tedong.




Read more...

SAMBUTAN HARI GURU SKT

>> 19 May 2009

Pada 18 Mei 2009, SK Tedong telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Tedong. Sambutan diadakan di dewan SK Tedong. Acara sambutan dimulakan dengan bacaan doa. Kemudian semua guru dan murid menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya. Lagu Sekolah dan bacaan ikrar. Seterusnya ucapan Ketua Murid, ucapan YDP PIBG, bacaan perutusan Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, nyanyian lagu Guru Malaysia, Lagu Tema.

Acara yang ditunggu-tunggu ialah pertu
karan hadiah di kalangan guru dan kakitangan sekolah. Kemudian acara sambutan diserikan lagi oleh persembahan di kalangan guru dan murid-murid. Berikut adalah antara gambar acara sambutan. Moga semua guru dan kakitangan SK Tedong akan terus komited dalam tugas mendidik dan memajukan SK Tedong. Selamat Hari Guru.





Read more...

SEJENAK BERSAMA KAUNSELOR

>> 15 May 2009

Pada 15 Mei 2009, satu ceramah motivasi khas untuk murid-murid Tahun 6 telah disampaikan oleh Encik Mohamad Isa b. Jolan. Beliau merupakan Ketua Sektor Psikologi & Kaunseling JPM. Ceramah ini merupakan salah satu aktiviti sekolah bertujuan menjana kecemerlangan UPSR SK Tedong. Ceramah ini diadakan di Makmal Komputer SK Tedong. Sesi ceramah selama satu jam itu telah banyak memberi input-input berguna dalam menaikkan motivasi murid-murid dalam mengejar kejayaan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Mohamad Isa bin Jolan.




Read more...

PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 5

>> 10 May 2009

Unit Kurikulum SK Tedong telah melancarkan satu program bagi meningkatkan prestasi sekolah umumnya dan UPSR khususnya iaitu Program Kecemerlangan Murid-murid Tahun 5. Murid-murid yang terpilih ialah murid-murid Tahun 5 yang tidak terlibat dalam Skim Baucer Tiusyen. Program ini merupakan kelas tambahan pada hari Sabtu kecuali cuti umum bermula 2 Mei 2009 sehingga 29 Ogos 2009. Berikut ialah jadual program tersebut.


Read more...

CERAMAH & DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN

>> 07 May 2009

Pada 13 April 2009, Unit Keselamatan SK Tedong telah mengadakan Ceramah dan Demonstrasi Kebakaran. Program ini telah dijayakan oleh Unit Penyelamat dan Bomba Merlimau. Seramai lima orang anggota bomba diketuai seorang pegawai telah datang dan memberi ceramah dan mengadakan demonstrasi memadam kebakaran.

Program ini diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran kepada kakitangan sekolah dan murid-murid pentingnya mencegah dan menjaga keselamatan diri dari segi kebakaran.


Pegawai bomba sedang memberi ceramah


Seorang guru diajar cara menggunakan alat pemadam api


Seorang pelajar diajar cara memadam kebakaran



Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Unit Penyelamat dan Bomba Merlimau diatas sumbangan tenaga kerja dan tunjuk ajar yang telah diberikan.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS