SENARAI GURU BESAR SK TEDONG

>> 25 May 2009

RASUL BIN HAMZAH (1897~1913)
ABDULLAH BIN MD. ARIFF (1913~1915)
BADIK BIN ABU (1915~1919)
MD. YASIN BIN LIMAN (1919~1924)
RASUL BIN HAMZAH (1924~1925)
HJ. JAAFAR BIN MOHAMAD (1925~1937)
HJ. ABD RAHIM BIN BABA (1937~1943)
HJ. SAID BIN HJ.HASAN (1943~1945)
HJ. ABD RAHIM BIN BABA (1945~1948)
JAAFAR BIN JENAN (1948~1953)
HJ. MD DENI BIN AB. LATIF (1953~1956)
HJ. ABDUL BIN SUHAMIN (1956~1961)
HJ YAAKOB BIN AYUB (1961~1961)
HJ. HAMZAH BIN HJ. AHMAD (1961~1967)
HJ. ABDUL SAMAD BIN AHMAD (1967~1969)
MEKAH BIN KHAMIS (1969~1976)
HJ. MD SALLEH BIN HJ MD ALI (1977~1982)
HJ. YAAKUB BIN MD YASIN (1983~1985)
HJ. MD. ZIN BIN HJ. IBRAHIM (1986~1991)
HJ. HASAN BIN HJ. IBRAHIM (1991~1994)
WAN RUHANA BT WAN AHMAD (1994 ~1996)
HJH. ROSIAH BT HJ. ISMAIL (1997~2000)
HJ. MD NOR BIN MD. SAID (2001~2002)
LYE KIM YONG (2002~2002)
HJH. TG. ZAINON BT CHE KU HINDUNG (2003~2008)
NATRAH BT BUDIN ( 2008~ Mei 2010)
HJ. MOHD ISMAIL BIN PUTEH (JUN 2010 - kini)

1 comments:

Abu Hassan Hewap Thursday, 02 February, 2012  

Ingatan saya masih segar semasa Guru Besar Tuan HJ. ABDUL BIN SUHAMIN (1956~1961)menghantar saya ke Stesen keretapi Tampin dengan kereta Ford Prefectnya dalam perjalanan saya ke Pulau Pinang awal tahun 1956. Saya berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah di Pulau Pinang sementara menunggu sekolah sebenar STAR siap dibina di Ipoh. Ketika itu, saya dan Eli bin Lana sahaja dari Tedong. Selain daripada Pulau Pinang, beberapa pusat lain serentak bermula seperti di Kuala Lipis, Johor Bharu dan Ipoh. Di Pulau Pinang, kami di tempatkan di asrama JTTS (Junior Technical Trade School, Batu Lanchang Lane. 3 minggu pertama kami berjalan kaki ke Free School dan selepas itu hingga akhir tahun kami ke Georgetown Secondary School. Dekat dengan asrama kami. Setahun dalam kelas peralihan atau remove dengan kurikulum intensif bahasa Inggeris! Banyak lawak terjadi, maklumlah kali pertama belajar bahasa Inggeris! Kali pertama semua STARIAN ditempatkan dalam satu kampus berlaku pada tahun 1957 di kem ashkar Ashby Road, Ipoh, di tingkatan 1. Kem tersebut diubah suai untuk dijadikan sekolah berasrama penuh. Sekolah di Tiger Lane (sekarang Jalan Sultan Azlan Shah)belum sedia untuk menerima kami. Hanya dalam tahun 1958, tingkatan 2, kami berpindah ke Tiger Lane. Itulah secara ringkas nukilan saya dari Tedong ke Ipoh singgah sebentar di Pulau Pinang

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS