LADAP KE-5

>> 28 July 2009

Pada 25hb Julai 2009, SK Tedong telah mengadakan LADAP ke-5 yang bertajuk Pembinaan Pasukan (Team Building) dan MS Powerpoint 2007. Fasilitator LADAP kali ini ialah Tn. Hj. Hamzah Bin Mohd Taib (Pen. PPD Jasin - Pegawai KGSK) dan Cik Zaynorsuhada Abu Bakar (Fasilitator Schoolnet). Objektif kursus ialah mempertingkatkan budaya kerja yang mantap, berdaya saing, komitmen serta sikap kerja berpasukan dan juga meningkatkan kemahiran Powerpoint untuk P&P. Ia juga bertujuan memberi input tentang budaya kerja secara berkumpulan dan menanam nilai-nilai yang baik dalam menjalankan urusan kerja seharian. Nilai-nilai yang baik diharap akan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu kerja guru-guru SK Tedong.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Hamzah Bin Mohd Taib dan Cik Zaynorsuhada Abu Bakar kerana sudi menjadi fasilitator.
Tn. Hj. Hamzah Bin Mohd Taib memberi penerangan aktiviti.

Aktiviti bahasa isyarat.

'orang buat-buat buta' mencari barang.

Kerjasama membina khemah kertas.

Cik Zaynorsuhada Abu Bakar menerangkan penggunaan MS Powerpoint 2007.

1 comments:

abuhaziq Wednesday, 29 July, 2009  

1500 tahun dulu, Nabi Muhammad telah menekankan betapa pentingnya mengekalkan diri dalam jemaah(team).Sesungguhnya serigala akan memakan biri-biri yang menyeekorkan dirinya!

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS