Sentuhan Seni

>> 09 September 2009

Cikgu Hakim sedang 'beraksi'

Hadapan perpustakaan

Hadapan bilik buku teks (BOSS)

Hadapan bilik Kemahiran Hidup

SK Tedong amat bertuah kerana mempunyai seorang guru yang amat kreatif dan berdedikasi iaitu Cikgu Abdul Hakim Bin Hj. Aliman. Beliau merupakan anak jati Kg. Tedong dan dilahirkan pada 27 Ogos 1960. Beliau memulakan kariernya sebagai pendidik pada tahun 1986. Beliau mula mengajar di SK Tedong pada tahun 1991. Selain mengajar Pendidikan Seni, Cikgu Hakim juga mengajar Pendidikan Muzik. Dengan bakat seni yang ada, beliau telah berjaya menceriakan banyak kawasan sekolah terutama dinding-dinding bangunan dengan lukisan dan mural yang cantik dan berseri. Dalam bidang muzik pula, tidak kurang hebat bakatnya. Beliau telah berjaya memimpin Pasukan Kompang Formasi SK Tedong menjadi Johan Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2005, 2006, 2007, 2008, dan 2009. Syabas dan tahniah diucapkan. Semoga Cikgu Hakim akan terus menabur bakti di SK Tedong dan terus mengharumkan nama sekolah.

2 comments:

abuhaziq Wednesday, 09 September, 2009  

Teruskan usaha untuk menceriakan sekolah. Pengorbanan tuan amat kami hargai..

karl Saturday, 12 September, 2009  

huhuhu... akhirnya bilik kemahiran hidup ceria dengan gambar2 katun yang menarik.. terima kasih cikgu hakim

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS