Naib Johan Anugerah NILAM Negeri Melaka 2009

>> 21 October 2009

Pada 20 Oktober 2009 bertempat di Air Keroh D'Village, Melaka, seorang murid SK Tedong iaitu Adik Nor Suhaila Binti Zakaria dianugerahkan sebagai Naib Johan Anugerah Tokoh Pembaca (NILAM) Peringkat Negeri Melaka 2009 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Nor Suhaila di atas penganugerahan tersebut.
Pada 17 Februari 2009, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri. Pemilihan ini adalah anjuran bersama BTPN Melaka, Jabatan Pelajaran Melaka dan Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM). Pemilihan tokoh NILAM ini juga merupakan satu pemilihan yang standard dan mengikut garis panduan persijilan ISO9001:2000
Kriteria pemilihan calon tokoh NILAM peringkat negeri adalah seperti berikut:
1. Sudah membaca lebih 360 buah buku bagi sekolah rendah.
2. Dibuktikan dengan rekod yang disahkan oleh pihak sekolah dan panel penilai negeri (JPN,PPD,BTPN dan PKG).
3. Kecekapan dan keyakinan apabila diusulkan pelbagai soalan berkenaan bahan bacaan.
4. Pencapaian akademik (berdasarkan buku rekod prestasi).
5. Pembacaan teks yang ditentukan oleh panel penilai.
Semoga dengan penganugerahan ini akan menyemarakkan lagi semangat Adik Nor Suhaila untuk terus berjaya di masa hadapan.

1 comments:

abuhaziq Thursday, 22 October, 2009  

Membaca jambatan ilmu. Bacalah dengan nama Tuhammu, yang menciptakan kamu..... Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah buat Adik Nor Suhaila. Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi dan sentiasa cemerlang...

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS