Pelantikan Pengawas 2010

>> 28 January 2010

Pada 25 Januari 2010, SK Tedong telah mengadakan Majlis Peyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Darjah. Majlis ini diadakan di tapak perhimpunan sekolah dan disempurnakan oleh ASP Mohd. Zaki Bin Ashar (Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Jasin). Oleh itu diharapkan para pengawas, ketua dan penolong ketua darjah yang telah dilantik dapat menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi.
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada ASP Mohd. Zaki Bin Ashar kerana sudi meluangkan masa untuk menyampaikan watikah pelantikan kepada semua murid yang terlibat.

Penyerahan watikah kepada Ketua Pengawas.

Penyerahan watikah kepada Penolong Ketua Pengawas.

Penyerahan watikah kepada Ketua Pengawas Pusat Sumber.

Penyerahan watikah kepada Penolong Ketua Pengawas Pusat Sumber.

Read more...

Program Kecemerlangan UPSR 2010

>> 20 January 2010

Pada 17 Januari 2010, pihak SKT telah mengadakan Majlis Silaturrahim bersama ibu bapa murid-murid Tahun 6 dengan guru, PIBG dan pemimpin setempat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Akbar Bin Ali (Ahli Dewan Negara). Tujuan majlis diadakan adalah untuk merapatkan hubungan ibu bapa murid-murid Tahun 6 dengan pihak sekolah dalam misi meningkatkan kecemerlangan UPSR 2010. Selain itu, ibu bapa yang hadir juga berpeluang mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh En. Isa Bin Jolan (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM). Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga SKT akan terus cemerlang, gemilang, dan terbilang.

En. Isa Bin Jolan sedang memberikan ceramah motivasi kepada ibu bapa.

Read more...

Jamuan Perpisahan

>> 19 January 2010

Pada 15 Januari yang lalu, Kelab Staff SKT telah mengadakan satu Jamuan Perpisahan bagi meraikan tiga orang staff SKT yang telah berpindah sekolah dan bersara. Mereka ialah Cikgu Abd. Hakim Bin Hj. Aliman yang telah berpindah ke SK Merlimau 1, Cikgu Ismail Bin Hj. Md Sani yang telah berpindah ke SK Bukit Tembakau dan Encik Rosli Bin Kimat yang telah bersara wajib sebagai Pembantu Am Pejabat. Majlis jamuan ini diadakan di Hotel Ancasa MITC, Ayer Keroh, Melaka bermula jam 3.00 petang. Tahniah diucapkan kepada AJK Kelab Staff SKT yang telah berjaya menganjurkan majlis ini bagi mengenang jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh Cikgu Abd. Hakim, Cikgu Ismail dan Encik Rosli. Semoga mereka bertiga dirahmati Allah S.W.T. selalu.

Read more...

Guru Baru

>> 06 January 2010

Bermula sesi persekolahan pada 4 Januari 2010 yang lalu, SK Tedong telah menerima kemasukan tiga orang guru baru. Mereka ialah Mohd. Fadzlizan Bin Ayob, Wan Azman Bin Wan Mamat, dan Rashidah Binti Md Dawi. Mereka menggantikan Rijle Bin Johari, Ismail Bin Md. Sani, dan Abd. Hakim Bin Aliman yang telah berpindah ke sekolah lain.
Kepada
Mohd. Fadzlizan Bin Ayob, Wan Azman Bin Wan Mamat, dan Rashidah Binti Md Dawi diucapkan selamat datang ke SK Tedong.
Mohd. Fadzlizan Bin Ayob

Wan Azman Bin Wan Mamat

Rashidah Binti Md Dawi

Read more...

Sent Off Encik Rosli Bin Kimat

>> 05 January 2010

En. Rosli bersalaman dengan murid-murid.

Pada 5/1/2010, SKT telah mengadakan satu majlis persaraan. Majlis ini bagi meraikan Encik Rosli Bin Kimat yang akan bersara daripada menjalankan tugas beliau sebagai Pembantu Am Pejabat. Encik Rosli telah bertugas di SKT dalam masa yang agak singkat iaitu lebih kurang satu tahun lapan bulan.
Encik Rosli merupakan seorang pekerja yang amat komited dalam menjalankan tugasnya. Oleh itu pihak SKT amat terasa akan kehilangan beliau. Semoga beliau dapat bersara dengan tenang, dimurahkan rezeki, diberkati dan dipanjangkan umur.

Read more...

Selamat Kembali Ke Sekolah

>> 04 January 2010


Hari ini 4/1/2010, bermulalah sesi persekolahan 2010. Pihak SK Tedong mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah. Sejak awal-awal pagi lagi ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Semoga semua mendapat kejayaan yang lebih cemerlang di tahun baru ini.

Read more...

Taklimat Program Transisi & KIA2M

>> 02 January 2010



Pada 31 Disember 2009, SK Tedong telah mengadakan satu Taklimat Program Transisi & KIA2M. Taklimat ini diberikan kepada ibu bapa/penjaga murid-murid Tahun 1 yang akan memulakan sesi persekolahan pada 4 Januari 2010.
Program Transisi prasekolah ke Tahun 1 bertujuan:
1) Membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di prasekolah/tadika ke pendidikan formal di tahun satu sekolah rendah.

2) Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
3) Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.
4) Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.


Program KIA2M pula berhasrat untuk memastikan semua murid tahun satu akan dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis pada akhir tahun satu. Pada akhir program ini murid dapat: ~ menyebut huruf dan membunyikan suku kata; ~ mengeja dan membaca perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; ~ membaca dan memahami ayat tunggal yang mudah; ~ menulis huruf, suku kata dan perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup; dan ~ menulis ayat tunggal yang mudah.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS