Sukaneka 2010

>> 26 March 2010

Pada 25 Mac 2010, SK Tedong telah mengadakan Sukaneka 2010. Sukaneka ini berlangsung pada jam 2.30 petang bertempat di padang SK Tedong. Sukaneka ini berlangsung dengan penuh meriah dan warna-warni. Acara dimulakan dengan perbarisan masuk setiap rumah sukan berpakaian beragam terdiri dari Rumah Hijau, Rumah Merah, Rumah Biru dan Rumah Kuning.
Selepas acara perasmian yang dilakukan oleh En. Anuar Bin Abu Bakar selaku GPK 1 yang mewakili Guru Besar, acara sukaneka pun berjalan. Acara sukaneka adalah seperti berikut:
Prasekolah: Kepompong Ulat Sagu
Tahun 1: Sarung Kaki Anak Gergasi
Tahun 2: Terompah Gergasi Tumit Tinggi
Tahun 3: Mahkota Air Kota A Famosa
Tahun 4: Menimba Air Perigi Buta
Tahun 5: Kejar Tak Dapat, Kendong Berciciran
Tahun 6: Hoki Air Belon Sakti
Acara Terbuka:
Terompah Gergasi dan Tarik Tali

Dalam sukaneka ini, Rumah Kuning telah menjadi Johan, Rumah Biru Kedua, Rumah Merah Ketiga dan Rumah Hijau Keempat.
Pihak SK Tedong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, kakitangan sekolah, PIBG, ibu bapa dan murid-murid dalam menjayakan Sukaneka 2010 ini.



1 comments:

TokMoh Friday, 26 March, 2010  

Sungguh meriah sukaneka tersebut. Cikgu-cikgu yang sepatutnya masuk acara kerana lebih bersemangat dari murid-murid. Tahniah kepada Rumah Kuning kerana berjaya menjadi Johan keseluruhan. Rumah sukan lain jangan putus asa,tahun depan cuba lagi.

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS