Solat hajat UPSR 2010

>> 08 April 2010

Pada 1 April 2010, SK Tedong dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Solat Hajat UPSR. Majlis ini diadakan di dewan SK Tedong. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah, diikuti Solat hajat. Kemudian bacaan Surah Yasin dan Solat Isyak berjemaah. Tujuan majlis ini diadakan untuk memohon keberkatan ke hadrat Allah SWT agar murid-murid Tahun 6 lulus dengan cemerlang dalam menghadapi peperiksaan UPSR 2010. Selain itu semangat kerjasama di antara ibu bapa dengan pihak sekolah dapat dipupuk bagi meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid.
Pihak SKT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

1 comments:

Anonymous Thursday, 08 April, 2010  

Salam.

Syukur kepada tuhan. Semoga anak-anak Tedong mendapat keputusan yang terbaik, berkat kerjasama guru-guru, ibubapa, masyarakat dan anak-anak yang dikasihi.

InsyaAllah.

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS