Kursus Kepimpinan 2011

>> 28 February 2011

Sabtu (26.2.2011) - Unit HEM SK Tedong telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, PSS, SPBT, Ketua Darjah, Ketua Unit Beruniform dan Persatuan. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di SK Tedong. Pengisian kursus terbahagi kepada tiga slot. Slot 1 merupakan ceramah motivasi bertajuk Pemimpin Cemerlang Sekolah Gemilang disampaikan oleh Tn. Hj. Matshah Bin Hj. Othman (Kaunselor Pentadbiran PPD Jasin).
Slot 2 pula merupakan bengkel bertajuk Skop Tugasan/Bidang Tugas dikendalikan oleh Cikgu Nur Edayu binti Ramli bersama guru-guru SK Tedong. Manakala Slot 3 merupakan Ujian Personaliti untuk menguji personaliti para pelajar yang terlibat. Kursus ini berakhir pada jam 12.30 t/hari. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...

Sejenak Bersama Kuntum

>> 25 February 2011

Pada 22.2.2011, SK Tedong sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh kakitangan penerbitan Majalah Kuntum bersempena Kempen Galakan Membaca Peringkat SK Tedong. Pihak Majalah Kuntum membuat lawatan kerana SK Tedong merupakan salah sebuah sekolah dalam Kawasan Merlimau yang melanggan majalah ini secara tetap. Dalam program lawatan ini, pihak Majalah Kuntum telah menghadiahkan senaskhah majalah keluarannya secara percuma kepada setiap warga SK Tedong. Para pelajar begitu teruja apabila maskot Kuntum turut sama hadir dan bergambar bersama warga SK Tedong. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Majalah Kuntum diatas lawatan ini. Membaca Jambatan Ilmu. Lihat album gambar.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

>> 19 February 2011


Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, SK Tedong telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Khamis (17/2/2011) bersamaan 14 Rabiul Awal 1432 Hijrah. Penceramah jemputan ialah Yang Berbahagia Ustaz Haji Ayob bin Awaf. Objektif sambutan Maulidur Rasul ini ialah menyemai rasa cinta kepada Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW, memahami perjalanan sirah agung Rasulullah SAW dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Di penghujung majlis diadakan kuiz spontan untuk para pelajar menjawab soalan berkaitan Rasulullah SAW. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Ismail bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lihat album gambar.

Read more...

Pelancaran NILAM 2011

>> 16 February 2011


Pada 14 Februari 2011, Pusat Sumber SK Tedong telah melancarkan Program NILAM bagi tahun 2011. Majlis pelancaran telah diadakan di Dataran SKT bermula jam 7.45 pagi. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn. Khatijah Binti Bahari (pengusaha kuih bahulu). Objektif Program NILAM ialah menggalakkan para pelajar membaca seberapa banyak buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Pelbagai hadiah menarik diumumkan sebagai penggalak kepada para pelajar supaya banyak membaca dan menjadi pembaca terbanyak. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lihat album gambar.

Read more...

Merentas Desa 2011 & Pelancaran 1Murid 1Sukan

>> 08 February 2011


Unit Kokurikulum SK Tedong telah mengadakan program Merentas Desa Peringkat Sekolah dan Pelancaran Program 1Murid 1Sukan pada 7 Februari 2011. Program ini melibatkan murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 sahaja. Objektif program ialah memperkembangkan potensi individu murid-murid selain memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif. Jarak larian lebih kurang 3 km melalui kawasan kampung berdekatan sekolah. Para pemenang akan mewakili sekolah dalam kejohanan merentas desa peringkat Kawasan Merlimau/Jasin. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS