Little Starz SKT

>> 26 April 2011

Pada 25 April 2011 telah berlangsung Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak Bahasa Inggeris (Little Starz). Pertandingan ini bermula jam 4.00 petang semasa aktiviti kokurikulum. Pertandingan nyanyian ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris dan terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 secara berkumpulan. Objektif pertandingan ialah memberi peluang kepada pelajar menampilkan kebolehan mereka dalam bidang kebudayaan dan kesenian. Selain itu penggunaan dan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dapat dipertingkatkan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh En. Anuar Bin Abu Bakar (GPK Pentadbiran). Tahniah kepada semua peserta dan pemenang. Lihat album gambar.

Read more...

Solat Hajat & Bacaan Yasin Siri 1 UPSR 2011

Pada 14 April 2011, SK Tedong dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Siri 1 UPSR 2011. Majlis ini telah diadakan di SK Tedong bermula jam 7.00 malam. Pengisian majlis ialah Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, dan Solat Isyak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga mendapat keberkatan dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T. Lihat album gambar.

Read more...

LDP 3

>> 11 April 2011

Pada 9.4.2011 (Sabtu), SK Tedong mengadakan LDP 3 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Terdapat 2 slot dalam LDP kali ini. Slot pertama ialah membina bahan bantu mengajar menggunakan Majalah Kuntum. Slot ini dikendalikan oleh Pn. Rohani bt. Ismail (Guru Media SKT) membimbing guru-guru menghasilkan BBM daripada keratan Majalah Kuntum.
Slot kedua pula mengenai QNET. Guru-guru dibimbing membuat pengiraan target pencapaian sekolah dan panitia bagi subjek teras dan mengisi markah pencapaian murid-murid di dalam borang khas QNET. Slot ini dikendalikan oleh En. Sabarudin b. Saleh (Penyelaras QNET SKT).
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...

Olahraga MSSM 2011 Kawasan Merlimau

>> 06 April 2011

Pada 29, 30, dan 31 Mac 2011, SK Tedong bersama SMK Seri Mahkota dan SMA Sayyidah Khadijah menjadi penganjur Kejohanan Olahraga MSSM Kawasan Merlimau. Kejohanan olahraga ini telah diadakan di Stadium IPG Kampus Melaka. Semua sekolah rendah dan menengah Kawasan Merlimau telah menyertai kejohanan olahraga ini. Apa yang menjadi kebanggaan ialah SKT telah berjaya menggondol 2 pingat emas (Lontar Peluru L10&P10) dan 1 pingat gangsa (Lempar Cakera L12). Perasmian penutup kejohanan olahraga ini telah disempurnakan oleh wakil rakyat Kawasan Merlimau iaitu YB Roslan bin Ahmad. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan olahraga ini. Lihat album gambar.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS