Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Aidilfitri 2011

>> 27 September 2011

Pada hari Jumaat (23.9.11) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Tedong. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di dewan SK Tedong. Majlis dimulai dengan perarakan masuk ke dewan pelajar-pelajar Tahun 6 seramai lima puluh orang yang mengkhatam Al-Quran. Selepas majlis khatam selesai, diadakan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis begitu meriah dan berseri kerana semua murid dan kakitangan sekolah berpakaian hari raya. Tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...

Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR Siri 3

>> 08 September 2011

Pada 7 September 2011, bermula jam 7.00 malam telah berlangsung Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR Siri 3 Peringkat SK Tedong. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa (Penyelia Kanan Unit Pend. Islam PPD Jasin) selaku Bapa Angkat SK Tedong dan Tn. Hj. Matsah bin Othman (Kaunselor Pentadbir PPD Jasin). Antara aturcara majlis ialah Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Isyak berjemaah, Ucapan Guru Besar, Ucapan Bapa Angkat, Ucapan YDP PIBG, Upacara Memohon Restu dan Jamuan. Tujuan majlis diadakan ialah memohon keberkatan ke hadrat Allah S.W.T. agar murid-murid Tahun 6 lulus dengan cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada 13 hingga 15 September ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS