Watikah Perlantikan Pengawas 2011

>> 31 January 2011


Pada 31.1.2011, SK Tedong telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, dan Ketua Darjah. Majlis penyerahan watikah ini diadakan di Dewan SK Tedong. Seramai 66 orang pemimpin pelajar telah menerima watikah perlantikan tersebut yang disampaikan oleh En. Rahman Bin Jafar selaku Pegawai Kanan Balai Bomba Merlimau. Ucapan tahniah diucapkan kepada 66 orang pemimpin pelajar yang dilantik dan selamat menjalankan tugas dengan dedikasi. Pihak SK Tedong mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila lihat album gambar.

Read more...

Hari Keluarga Kelab Staff SKT 2011

>> 29 January 2011

Kelab Staff SK Tedong telah menganjur Hari Keluarga pada 29/1/2011 (Sabtu). Hari Keluarga ini telah diadakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh bermula jam 8 pagi dan tamat pada jam 1.30 petang. Tujuan diadakan Hari Keluarga ini ialah untuk merapatkan lagi hubungan di kalangan para staff SKT di samping melapangkan fikiran dan melakukan aktiviti riadah. Berbagai acara sukaneka yang dijalankan iaitu acara kanak-kanak, lelaki dan wanita dewasa, berkumpulan dan berpasangan. Semua staff yang hadir berasa sungguh gembira dan terhibur melakukan aktiviti sukaneka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Kelab Staff SKT yang diketuai oleh Cik Nur Edayu binti Ramli kerana telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga ini dengan jayanya. Sila lihat album gambar.

Read more...

Pertandingan Nyanyian Solo 2011

>> 25 January 2011

Panitia Muzik SK Tedong dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo 2011 peringkat sekolah pada 24/1/2011. Pertandingan ini diadakan pada waktu aktiviti kokurikulum bermula jam 4 hingga 6 petang. Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4,5, dan 6. Seramai 12 peserta telah mengambil bahagian. Tujuan pertandingan diadakan ialah untuk memilih wakil SK Tedong ke Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau/Jasin anjuran Jabatan Pelajaran Melaka. Tahniah kepada para peserta dan pemenang kerana menyertai pertandingan ini.
Lihat album gambar.

Read more...

Seminar Keibubapaan & LDP 1 2011

>> 23 January 2011

Pada 22.1.2011 (Sabtu), SK Tedong telah mengadakan Seminar Keibubapaan murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 dan LDP 1. Seminar Keibubapaan bertujuan memberi bimbingan dan dorongan kepada ibu bapa agar memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak. Sambutan daripada ibu bapa amat menggalakkan. Ceramah motivasi untuk ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 disampaikan oleh Tn. Hj. Matsah bin Othman (Kaunselor Pentadbir PPD Jasin).
LDP 1 pula untuk guru-guru SK Tedong. Ceramah motivasi disampaikan oleh En. Isa bin Jolan (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling JPM).
SK Tedong mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Lihat album gambar.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS