Mesyuarat Agung PIBG 2012

>> 22 February 2012

SK Tedong bersama PIBG telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke-38 Sesi 2012 pada 4.2.2012 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ghazale Bin Muhamad (ADUN KAW. SERKAM). Kehadiran ibu bapa/penjaga murid-murid amat menggalakkan dan majlis berlangsung dengan jayanya. Agenda yang paling penting dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah pemilihan jawatan kuasa PIBG yang baru. Hasil keputusan pemilihan ialah Datuk Akbar Ali telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru bagi sesi 2012/2014 menggantikan Encik Radhuan Bin Abdul. Naib YDP PIBG masih kekal disandang oleh Puan Khatijah binti Bahari. Pihak PIBG SK Tedong mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jawatan kuasa PIBG sesi 2010/2012 di atas jasa bakti yang telah dicurahkan. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada barisan jawatan kuasa PIBG SK Tedong sesi 2012/2014 yang baru dilantik. Semoga kita semua berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan SK Tedong lebih cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Read more...

Majlis Persaraan GPK HEM

>> 21 February 2012

Pada 18 Januari 2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Ismail bin Husin (GPK HEM). Majlis ini telah berlangsung di dewan SK Tedong dengan penuh warna-warni. Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PPD Jasin iaitu Encik Othman bin Hj. Salleh selaku bapa angkat SK Tedong. Majlis ini bertambah seri apabila Cikgu Ismail hadir bersama-sama dengan isteri tercinta. Cikgu Ismail bin Husin telah berkhidmat sebagai pendidik selama lebih kurang 33 tahun. Antara sekolah yang pernah beliau bertugas ialah SK Teluk Sengat(Kota Tinggi,Johor), SK Dato’ Hj. Baginda (Melaka), SK Bukit Tembakau (Melaka), dan SK Tedong. SK Tedong begitu terasa akan kehilangan Cikgu Ismail kerana beliau merupakan seorang GPK HEM yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Semua warga SK Tedong mendoakan agar Cikgu Ismail sentiasa sihat dan ceria selalu dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.Selamat Bersara.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS