LATIHAN KEBAKARAN

>> 26 February 2013

Pada 26.2.2013, Unit HEM SK Tedong telah mengadakan Latihan  Memadam Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau. Latihan ini telah diadakan di padang SK Tedong bermula jam 8.45 pagi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau di ketuai oleh En. Mohd. Nurazmi bin Nasir bersama dua orang anggota lain telah sudi untuk membuat demonstrasi memadam api kebakaran. Sebelum demonstrasi dijalankan, En. Mohd. Nurazmi terlebih dahulu memberikan sedikit penerangan dan taklimat tentang langkah-langkah yang perlu dibuat apabila berlaku kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api. Dalam demonstrasi ini, dua orang murid dan tiga orang guru telah diberi peluang memadamkan api kebakaran. Warga SK Tedong begitu teruja melihat demonstrasi yang telah dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau kerana telah sudi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan Latihan Kebakaran ini. Klik DI SINI jika anda ingin melihat album gambar.

Read more...

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

>> 20 February 2013

Pada 18 Februari 2013 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pustakawan, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK Tedong. Majlis diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong bermula jam 7.30 pagi. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Maskor b. Ahmad Tahyar (Ketua Balai Bomba & Penyelamat Merlimau). Dalam majlis ini, seramai 27 orang murid dilantik menjadi Pengawas Sekolah, 22 orang sebagai Pustakawan, 15 orang  sebagai Pengawas SPBT, 11 orang sebagai Ketua Kelas dan 11 orang sebagai Penolong Ketua Kelas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah dilantik. Peranan anda semua amat penting dalam membantu pihak sekolah untuk memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. "MURID TERSOHOR...TEDONG TERMASYHUR"

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

>> 12 February 2013

Pada 8 Februari 2013 bersamaan 27 Rabiul Awal (Jumaat), SKT telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Sambutan telah diadakan di Dewan SKT. Objektif program adalah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang peristiwa kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., menghayati sirah Rasulullah S.A.W., dan menyemai rasa cinta dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zawawi bin Md. Zin. Majlis ini diakhiri dengan selawat beramai-ramai ke atas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Lihat Album Gambar.

Read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

>> 07 February 2013

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39. Majlis diadakan di Dewan Terbuka SKT bermula jam 2.30 petang. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah (Ahli Parlimen Jasin). Turut hadir menyerikan majlis ialah Tn. Hj. Yahya bin Hashim (Penyelia PPD Jasin-Unit Maklumat) selaku Bapa Angkat SKT. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan menggembirakan hati YDP PIBG iaitu Datuk Akbar b. Ali. Dalam majlis ini turut disampaikan hadiah galakan UPSR 2012, penyerahan wang zakat dan cabutan bertuah. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39 ini. Lihat Album Gambar

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS