MAJLIS SUMBANGAN BUKU JAKSA PENDAMAI

>> 23 July 2019

Pada 19 Julai 2019 (Jumaat) yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sumbangan Buku untuk Pusat Sumber SK Tedong. Majlis ini diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong. Buku-buku tersebut berjumlah 131 buah bernilai RM8814.45 merupakan sumbangan daripada Jaksa Pendamai Negeri Melaka. Di majlis ini, seramai 10 orang Jaksa Pendamai Negeri Melaka telah hadir diketuai oleh Datuk Rahim bin Abu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jaksa Pendamai Negeri Melaka kerana sudi menyumbangkan buku-buku tersebut kepada Pusat Sumber SK Tedong. Budi baik datuk dan datin akan dikenang.







Read more...

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR

>> 15 July 2019

Pada 11 Julai 2019, telah diadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin UPSR di Surau SK Tedong. Majlis bermula pada jam 7.00 malam. Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin, Tazkirah, Solat Isyak berjemaah dan diakhiri dengan Solat Hajat berjemaah. Majlis ini dipimpin oleh Al- Fadhil Ustaz Ahmad Dhiya' Ul Hafiz bin Muhammad Muchtar, Mudir Maahad Tahfiz Dhiya' Al Mursyideen, Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka.
Sambutan majlis amat membanggakan di mana para ibu bapa dan murid-murid Tahun 6 ramai yang hadir. Semoga anak-anak Tahun 6 terus cemerlang dunia dan akhirat.





Read more...

CERAMAH KESIHATAN

>> 11 July 2019

Ceramah Kesihatan tentang gaya hidup sihat telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong pada 11 Julai 2019 (Khamis) bersempena Bulan Kecergasan Peringkat SK Tedong. Ceramah telah disampaikan oleh Dr Norhasyimah binti Hj Hasan dari Unit Promosi, Pusat Kesihatan Merlimau. Input yang diberikan amat berguna kepada warga SK Tedong untuk menjalani kehidupan yang sihat.






Read more...

PELANCARAN BULAN KECERGASAN

>> 10 July 2019

Pelancaran Bulan Kecergasan Peringkat SK Tedong 2019 telah diadakan pada 9 Julai 2019 (Selasa). Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Karim bin Miskiran selaku Guru Besar SK Tedong. Selepas majlis pelancaran, diadakan senamrobik. Semua warga SK Tedong menjayakan program ini.





Read more...

Program Jelajah Sekolah BLINK

Program Jelajah Sekolah BLINK telah datang ke SK Tedong pada 4 Julai 2019 bersamaan hari Khamis (7.30 am - 8.30 am)
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bicara bersama penulis En Khairil Bin Kamarudin, bermesra dengan Maskot Teddy BLINK, Kuiz spontan dan sumbangan buku oleh pihak BLINK kepada murid-murid yang bertuah. Acara penutup ialah sesi bergambar bersama penulis & maskot,  pameran dan jualan buku.





Read more...

HARI TERBUKA 2019

>> 27 June 2019



Pada 27.6.19 (Khamis), SK Tedong telah mengadakan Hari Terbuka. Program ini bertujuan memberi taklimat dan perbincangan tentang pencapaian murid-murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Tahniah dan syabas diucapkan kepada para ibu bapa yang telah hadir ke program ini. Semoga anak-anak akan terus maju jaya dalam pelajaran.

Read more...

LAWATAN PEGAWAI SSIC+ PPD JASIN

>> 18 January 2018



Pada 8 Januari yang lalu, Pegawai SISC+ PPD Jasin iaitu Pn. Hjh Reny Azrena binti Abd Rahman telah datang ke sekolah. Lawatan muhibah beliau ialah untuk melihat keadaan sekolah dan meninjau perjalanan Perhimpunan Rasmi sekolah. Beliau banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar semasa berucap di Perhimpunan Rasmi. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hjh. Reny Azrena kerana sudi datang ke SK Tedong.

Read more...

BENGKEL VLE FROG 2017 SIRI 1

>> 27 February 2017



Pada 15hb Februari 2017 yang lalu, telah diadakan Bengkel VLE Frog di makmal komputer SK Tedong. Bengkel ini bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang dan dikendalikan oleh 
En. Mohammad Firdhaus bin Abu Bakar, Ketua PKG Serkam serta dibantu oleh Cik Farah Anis binti Ismail. Tujuan utama bengkel ialah memantapkan penguasaan guru-guru dalam menghasilkan laman pembelajaran untuk kegunaan PdP kelak.

Read more...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2015

>> 17 January 2015




Read more...

WATIKAH LANTIKAN 2014

>> 20 February 2014

Pada 17 Februari 2014, telah berlangsung Majlis Penyerahan Watikah Lantikan Pengawas Sekolah, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Darjah dan Pengawas SPBT. Majlis ini diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong. Penyerahan watikah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Ismail bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong. Semoga murid-murid yang dilantik akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Read more...

KURSUS KEPIMPINAN 2014

>> 22 January 2014

Pada 18.1.2014 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung Kursus Kepimpinan Pengawas, Pustakawan, Ketua dan Penolong Ketua Darjah untuk sesi 2014. Kursus ini telah diadakan di Dewan Terbuka SKT bermula jam 7.30 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Tujuan utama kursus ialah untuk melahirkan murid yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi. Kursus ini dibimbing oleh Ustazah Cik Hifzah binti Samsuri dan Tn. Hj. Abd. Raof bin Abas.

Read more...

LAWATAN BAPA ANGKAT

>> 15 January 2014

Pada 13.1.14, SK Tedong telah dikunjungi oleh Bapa Angkat iaitu Encik Othman bin Hj. Saleh. Beliau merupakan Pengelola Cemerlang Unit Sekolah Rendah PPD Jasin. Encik Othman hadir sewaktu perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Harapan utama beliau ialah SK Tedong akan terus cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.

Read more...

BOLA SEPAK MSSM KAW. MERLIMAU

>> 12 March 2013

Pada 4 hingga 8 Mac 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak Sekolah Rendah MSSM Kawasan Merlimau. SK Tedong telah dipertanggungjawabkan sebagai pengelola pada tahun ini. Pada peringkat awal, perlawanan diadakan di padang bola sepak SK Sg. Rambai dan SK Serkam Darat. Pada peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir, perlawanan diadakan di padang bola sepak SK Serkam Darat. Dalam perlawanan akhir pada 8 Mac, Pasukan SK Pulai telah muncul sebagai Johan manakala Pasukan SK Serkam Darat muncul Naib Johan. Tempat ke-3 pula disandang oleh Pasukan SK Seri Mendapat. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datuk Akbar bin Ali (YDP PIBG SK Tedong). Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan bola sepak ini. Lihat ALBUM GAMBAR

Read more...

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

>> 07 March 2013

Pada 4 Mac 2013, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Nilam 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbuka SKT. Datuk Akbar bin Ali (YDP PIBG SKT) telah sudi merasmikan majlis ini. Beliau amat berharap agar semua warga SK Tedong lebih gigih membaca kerana membaca itu jambatan ilmu. Ini bertepatan dengan objektif Nilam iaitu memupuk minat membaca di kalangan murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Terima kasih diucapkan kepada Datuk kerana sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran ini. "Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan...." Lihat Album Gambar.

Read more...

LATIHAN KEBAKARAN

>> 26 February 2013

Pada 26.2.2013, Unit HEM SK Tedong telah mengadakan Latihan  Memadam Kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau. Latihan ini telah diadakan di padang SK Tedong bermula jam 8.45 pagi. Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau di ketuai oleh En. Mohd. Nurazmi bin Nasir bersama dua orang anggota lain telah sudi untuk membuat demonstrasi memadam api kebakaran. Sebelum demonstrasi dijalankan, En. Mohd. Nurazmi terlebih dahulu memberikan sedikit penerangan dan taklimat tentang langkah-langkah yang perlu dibuat apabila berlaku kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api. Dalam demonstrasi ini, dua orang murid dan tiga orang guru telah diberi peluang memadamkan api kebakaran. Warga SK Tedong begitu teruja melihat demonstrasi yang telah dijalankan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Merlimau kerana telah sudi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan Latihan Kebakaran ini. Klik DI SINI jika anda ingin melihat album gambar.

Read more...

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN SEKOLAH

>> 20 February 2013

Pada 18 Februari 2013 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas, Pustakawan, Pengawas SPBT, Ketua dan Penolong Ketua Kelas SK Tedong. Majlis diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong bermula jam 7.30 pagi. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Encik Mohamad Maskor b. Ahmad Tahyar (Ketua Balai Bomba & Penyelamat Merlimau). Dalam majlis ini, seramai 27 orang murid dilantik menjadi Pengawas Sekolah, 22 orang sebagai Pustakawan, 15 orang  sebagai Pengawas SPBT, 11 orang sebagai Ketua Kelas dan 11 orang sebagai Penolong Ketua Kelas. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pelajar yang telah dilantik. Peranan anda semua amat penting dalam membantu pihak sekolah untuk memastikan peraturan dan pengurusan sekolah berjalan dengan lancar. Syabas dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. "MURID TERSOHOR...TEDONG TERMASYHUR"

Read more...

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

>> 12 February 2013

Pada 8 Februari 2013 bersamaan 27 Rabiul Awal (Jumaat), SKT telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Sambutan telah diadakan di Dewan SKT. Objektif program adalah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang peristiwa kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., menghayati sirah Rasulullah S.A.W., dan menyemai rasa cinta dan kasih sayang kepada Baginda Rasulullah S.A.W. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Zawawi bin Md. Zin. Majlis ini diakhiri dengan selawat beramai-ramai ke atas Rasulullah S.A.W. Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Marilah kita selalu berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Lihat Album Gambar.

Read more...

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

>> 07 February 2013

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39. Majlis diadakan di Dewan Terbuka SKT bermula jam 2.30 petang. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah (Ahli Parlimen Jasin). Turut hadir menyerikan majlis ialah Tn. Hj. Yahya bin Hashim (Penyelia PPD Jasin-Unit Maklumat) selaku Bapa Angkat SKT. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan menggembirakan hati YDP PIBG iaitu Datuk Akbar b. Ali. Dalam majlis ini turut disampaikan hadiah galakan UPSR 2012, penyerahan wang zakat dan cabutan bertuah. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39 ini. Lihat Album Gambar

Read more...

SENARAI KELAS & GURU KELAS 2014

>> 31 January 2013


Read more...

STAFF SK TEDONG 2013

>> 23 January 2013




Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS