MESYUARAT KHAS AJK PIBG
>> 05 July 2009
Pada 4 Julai 2009, telah berlangsung satu mesyuarat khas AJK PIBG bersama Pentadbir dan guru-guru Tahun 6 SK Tedong. Mesyuarat khas tersebut diadakan pada jam 3 petang bertempat di Makmal Komputer SK Tedong. Tujuan mesyuarat adalah untuk membentangkan Laporan Prestasi Kecemerlangan UPSR 2009 dan seterusnya membincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi calon-calon UPSR. En. Anuar b. Abu Bakar selaku GPK 1 telah membentangkan Laporan Prestasi murid-murid Tahun 6 di dalam Ujian Pengesanan 1, Pengesanan 2 dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. AJK PIBG banyak memberi cadangan yang berguna untuk meningkatkan pencapaian murid-murid Tahun 6 dan pihak pentadbir SKT akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga PIBG dan sekolah akan terus bekerjasama dalam meningkatkan prestasi sekolah dalam apa jua bidang pun.
1 comments:
permasalahan asas perlu dibereskan sejak awal lagi... kalau di Tahun 6 masih sibuk menguji murid dengan menghafal sifir...sampai bila? kita fikirlah bersama!
Post a Comment