Selamat Hari Raya

>> 17 September 2009

Ramadhan kian hampir ke penghujung manakala Syawal bakal menjelma. Inilah saat duka umat Islam di seluruh dunia kerana bulan Ramadhan al Mubarak tinggal beberapa hari sahaja lagi dan akan meninggalkan kita. Kalau umur dipanjangkan oleh Allah SWT, insyaAllah kita akan bertemu lagi Ramadhan di tahun hadapan. Saat suka pula akan kita sambut kerana berjaya mengharungi Ramadhan dengan penuh keinsafan dan mengekang hawa nafsu dengan mempertingkatkan amal ibadat. Semoga semangat Ramadhan akan terus menjadikan kita insan yang bertakwa.

Kini seluruh umat Islam yang tinggal di perantauan membuat perancangan untuk pulang ke kampung berhari raya. Di kesempatan ini, SK Tedong mengucapkan "Selamat Memandu, Berhati-hati di Jalan Raya" dan "Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri" kepada seluruh warga SK Tedong khasnya dan umat Islam di Malaysia amnya.

1 comments:

abuhaziq Thursday, 17 September, 2009  

hari kemenangan yang wajar disambut dengan penuh keinsafan. natijah tarbiah ramadan menelurkan ketakwaan yang dapat direalisasikan pada bulan-bulan lain. tancapkan azam untuk melaksanakan puasa sunat 6 syawal!

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS