SUKANEKA SKT 2012

>> 30 October 2012

Pada 18.10.2012 yang lalu, SKT telah mengadakan Sukaneka Peringkat Sekolah. Sukaneka ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Walaupun SKT tidak mempunyai padang, namun kegiatan sukan masih tidak diabaikan. Acara berlangsung dengan meriah dan semua murid mengambil bahagian dengan penuh semangat. Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak yang mengambil bahagian. Sukaneka ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKT, Datuk Akbar bin Ali manakala hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh GPK 1 dan Guru Besar SKT. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan sukaneka ini. Lihat Album Gambar.

Read more...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MERAIKAN BAKAL HAJI

>> 01 October 2012

Pada 26 September 2012, SKT telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Meraikan Bakal Haji. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi bertempat di Dewan SKT. Khatam Al-Quran melibatkan seramai 52 orang murid-murid Tahun 6. Syabas diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Pada tahun ini, seorang guru SKT iaitu Pn. Patimah binti Saleh akan menunaikan ibadah haji. Beliau akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 30 September 2012. Semoga beliau dan suami akan memperoleh haji yang mabrur. Sila lihat ALBUM GAMBAR.

Read more...

AKTIVITI MEWARNA

>> 12 September 2012

 Aktiviti Mewarna ini dijalankan pada 12.9.12 melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, dan 3. Temanya ialah hari kemerdekaan. Aktiviti ini dijalankan di kantin sekolah kerana bilik darjah murid-murid berkenaan bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan UPSR.

Read more...

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR KE-2

>> 06 September 2012

Pada 30 Ogos 2012, SK Tedong dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR Ke-2. Majlis ini bermula pada pukul 7 malam bertempat di Dewan SK Tedong. Objektif majlis ini diadakan ialah untuk memohon doa dan hajat kepada Allah S.W.T agar memberi taufik dan hidayah kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan mencapai keputusan yang cemerlang. Majlis ini dipimpin oleh Imam 3 Masjid Kg. Tedong iaitu En. Buang b. Abu Hasan. Sambutan daripada ibubapa murid Tahun 6 juga amat menggalakan. Pihak SK Tedong merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila lihat ALBUM GAMBAR.

Read more...

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2012

>> 01 August 2012

Pada 30 Julai 2012, SK Tedong telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2012. Program ini telah dianjurkan oleh gabungan Panitia Sivik & Kewarganegaraan dan Panitia Kajian Tempatan. Majlis bermula pada pukul 7.40 pagi dan telah dirasmikan pelancarannya oleh Guru Besar SKT iaitu Tn. Hj. Mohd Ismail bin Puteh. Antara pengisian program ialah Deklamasi Puisi oleh guru dan murid, penyerahan Jalur Gemilang kepada setiap kelas, nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Lagu 1 Malaysia. Majlis diakhiri oleh bacaan doa penutup oleh Ustaz Ahmad Ibrahim bin Che Omar.
 
 

Read more...

PELANCARAN MINGGU ICT 2012

>> 12 July 2012

Pada 9 Julai 2012, Unit ICT SK Tedong telah melancarkan Minggu ICT Peringkat Sekolah 2012. Majlis ini telah disempurnakan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Mohd Ismail bin Puteh. Minggu ICT ini bermula pada 9 hingga 13 Julai 2012. Pengisian Minggu ICT ialah Kuiz ICT Spontan, Kuiz ICT Bertulis, Meneka Perkakasan ICT, Pertandingan Membuat Banner, Pertandingan Melukis Berbantukan Komputer, dan Pertandingan Mewarna Secara Online. Objektif Minggu ICT ini diadakan ialah untuk menambahkan kemahiran ICT di samping mendidik warga SK Tedong akan kepentingan penggunaan ICT. "ICT PENJANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN".

Read more...

SENAMROBIK 1Murid 1Sukan 1Malaysia

>> 10 July 2012

Pada 10.7.12, SKT telah menjalankan Aktiviti Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia serentak seluruh negara. Semua warga SKT telah memberi komitmen yang baik dalam menjayakan aktiviti ini. Aktiviti bermula pada jam 7.45 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi.

video

Read more...

SELAMAT DATANG CIKGU RAHMAN B. SIRAN

>> 05 July 2012

Warga SK Tedong mengalu-alukan kedatangan GPK 1 yang baru iaitu Cikgu Rahman bin Siran.Beliau mula mendaftarkan diri di SK Tedong pada 2 Julai 2012 menggantikan Cikgu Anuar bin Abu Bakar yang telah bersara wajib pada 1 Julai 2012. Harapan warga SK Tedong agar Cikgu Rahman bin Siran akan terus memacu SKT menuju kecemerlangan. "Murid Tersohor, Tedong Termasyhur".

Read more...

SEGUNUNG BUDI SELAUT KASIH GPK 1

>> 28 June 2012

video

Read more...

SK TEDONG JOHAN BOLA BALING (L) SR 2012

>> 09 April 2012

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling (L) SK Tedong kerana telah berjaya muncul Johan dalam Kejohanan Bola Baling SR Kawasan Merlimau. Kejohanan ini telah diadakan pada 27 dan 28 Mac 2012, bertempat di SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka. Di atas kejayaan ini, Pasukan Bola Baling (L) SK Tedong akan mewakili Kawasan Merlimau ke peringkat negeri kelak. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Yazid b. Md. Tap yang telah berjaya melatih pasukan ini muncul juara dan juga pengurus pasukan Cikgu Wan Azman b. Wan Mamat dari segi pengurusan pasukan. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar (Tn. Hj. Mohd Ismail b. Puteh) dan GPKKOKU (En. Fazari b. Ali) yang telah memberi kerjasama sehingga SK Tedong berjaya mengecapi kejayaan ini. Tahniah semua warga SK Tedong.

Read more...

SK TEDONG JOHAN STORY TELLING SR 2012

SK Tedong telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Story Telling Level 2 Kawasan Merlimau. Pertandingan ini telah diadakan pada 27.3.2012 (Selasa) bertempat di SJKC Chung Hwa, Sungai Rambai, Melaka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Rusyaidi bin Zuraimi yang mewakili SK Tedong dan muncul sebagai Johan dalam pertandingan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Fadzilah bt. Hasan dan semua pihak yang terlibat dalam membimbing Adik Muhammad Rusyaidi dalam pertandingan ini. Semoga Adik Muhammad Rusyaidi akan terus cemerlang dalam Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri Melaka kelak.

Read more...

JAWATANKUASA PIBG 2012-2014

>> 06 March 2012

AJK GURU:
EN. FAZARI B. ALI (GPK KOKU)
EN. WAN AZMAN BIN WAN MAMAT
EN. ZAINUDIN BIN ZAINAL ABIDIN
PN. FARIZATUN AKMAR BT. MOHD. YUNUS

AJK IBU BAPA/ PENJAGAEN. MANSOR BIN HUSIN
EN. RADHUAN BIN ABDUL
PN. FAUZIAHANIM BT. MD. TAHIR
PN. ASMAH BT. NASIR
PN. SARIPAH BT. OTHMAN
EN. AHMAD MURAD BIN MUID
EN. AZMAN BIN SHARIFF
PN. LATIPAH BT. ABD. RAHMAN
EN. BASMI BIN MD. HASIN
PN. ENTAN BT. HUSIN

JURU AUDIT:

 EN. MUZAHPAR BIN MD. NOR
EN. ABD. LATIF BIN SIDIT

Read more...

Merentas Desa Peringkat SK Tedong

>> 04 March 2012

Pada 27.2.2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Pertandingan merentas desa ini bermula pada pukul 4.00 petang sewaktu kegiatan ko-kurikulum. Semua murid Tahun 4,5,dan 6 terlibat dalam pertandingan ini. Tujuannya ialah melaksanakan salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah di samping untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan merentas desa peringkat kawasan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...

Mesyuarat Agung PIBG 2012

>> 22 February 2012

SK Tedong bersama PIBG telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke-38 Sesi 2012 pada 4.2.2012 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ghazale Bin Muhamad (ADUN KAW. SERKAM). Kehadiran ibu bapa/penjaga murid-murid amat menggalakkan dan majlis berlangsung dengan jayanya. Agenda yang paling penting dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah pemilihan jawatan kuasa PIBG yang baru. Hasil keputusan pemilihan ialah Datuk Akbar Ali telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru bagi sesi 2012/2014 menggantikan Encik Radhuan Bin Abdul. Naib YDP PIBG masih kekal disandang oleh Puan Khatijah binti Bahari. Pihak PIBG SK Tedong mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jawatan kuasa PIBG sesi 2010/2012 di atas jasa bakti yang telah dicurahkan. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada barisan jawatan kuasa PIBG SK Tedong sesi 2012/2014 yang baru dilantik. Semoga kita semua berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan SK Tedong lebih cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Read more...

Majlis Persaraan GPK HEM

>> 21 February 2012

Pada 18 Januari 2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Ismail bin Husin (GPK HEM). Majlis ini telah berlangsung di dewan SK Tedong dengan penuh warna-warni. Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PPD Jasin iaitu Encik Othman bin Hj. Salleh selaku bapa angkat SK Tedong. Majlis ini bertambah seri apabila Cikgu Ismail hadir bersama-sama dengan isteri tercinta. Cikgu Ismail bin Husin telah berkhidmat sebagai pendidik selama lebih kurang 33 tahun. Antara sekolah yang pernah beliau bertugas ialah SK Teluk Sengat(Kota Tinggi,Johor), SK Dato’ Hj. Baginda (Melaka), SK Bukit Tembakau (Melaka), dan SK Tedong. SK Tedong begitu terasa akan kehilangan Cikgu Ismail kerana beliau merupakan seorang GPK HEM yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Semua warga SK Tedong mendoakan agar Cikgu Ismail sentiasa sihat dan ceria selalu dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.Selamat Bersara.

Read more...

Selamat Kembali ke Sekolah

>> 05 January 2012

Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Kembali ke Sekolah" kepada semua murid SK Tedong. Kepada murdi-murid Tahun 1, selamat datang diucapkan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2012. Semoga semua murid, guru dan staf sokongan terus cemerlang mengharungi tahun 2012.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS