Mesyuarat Agung PIBG 2010

>> 08 March 2010

Pada 6 Mac 2010, SK Tedong telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Ke-36. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ghazale Bin Muhamad (ADUN SERKAM). Mesyuarat Agung PIBG ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ibu bapa/penjaga murid-murid SK Tedong. Ini mungkin kerana dalam mesyuarat kali ini, pemilihan jawatan kuasa PIBG yang baru diadakan. Semoga jawatan kuasa PIBG yang baru akan terus bekerjasama dengan pihak SK Tedong dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kepada jawatan kuasa PIBG yang lama, jutaan terima kasih diucapkan di atas segala khidmat bakti yang telah diberikan selama ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG ke-36 tersebut.

YB Datuk Hj. Ghazale B. Muhamad memberi ucapan perasmian.

Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir.

Antara barisan jawatan kuasa PIBG.

1 comments:

Anonymous Monday, 08 March, 2010  

Salam.
Tahniah kerana berjaya menjayakan mesyuarat dengan teratur dan lancar.
Sebagai ibubapa, pemimpin datang dan pergi adalah pasti tapi perjuagan dalam memertabatkan bangsa melalui pendidikan adalah sesuatu yang perit dan perlu diteruskan. Kita mahukan keputusan bukannya populariti. Dua tahun mandat yang diberikan berakhir dengan keputusan yang mendukacitakan (bilangan murid yang mendapat 5A). Bermula 8 orang (2007), turun 2 orang (2008) dan seorang sahaja pada tahun lepas (2009).
Kita bukan menuduh sape yang betul atau salah tapi kita cuba membuat sesuatu kearah peningkatan dan kecermelangan pelajar.
Saya berharap, dengan jawatankuasa yang baru (acuan lama dan baru) ini dapat berbuat sesuatu disamping kerjasama yang jitu bersama kalangan guru-guru SKT.
Kepada AJK yang baru, tahniah dan teruskan usaha anda dalam membantu para guru untuk merealisasikan amanat bangsa yang kita tempohi ini.
Kepada para guru juga, teruskan usaha anda dan bergadinglah dengan menuh keihklasan.
Kepada AJK yang lama, ini bukanlah kekalahan dalam pertandingan tapi ini adalah proses biasa yang pasti dilalui semua orang dalam mana-mana organisasi. Buang yang keroh, ambil yang jernih. Bantulah dan pandulah agar kesalahan lama tidak akan berulang kepada AJK yang baru.

Wassalam.

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS