SELAMAT MEMANDU

>> 26 May 2009

Pada 29 Mei~13 Jun ini, bagi negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu akan bermulalah cuti persekolahan selama 16 hari. Bagi negeri-negeri lain pula,cuti persekolahan akan bermula pada 30 Mei~14 Jun. Maka pada waktu inilah ramai rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung bercuti. Oleh itu tentulah jalan-jalan raya dan lebuh raya akan sesak dengan pelbagai kenderaan menuju destinasi masing-masing. Pada kesempatan ini, di sampaikan beberapa tips pemanduan yang selamat:

1. Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya pada penumpang depan dan belakang.

2. Jangan memandu melebihi had laju. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan yang dibenarkan dalam apa jua keadaan.

3. Sentiasa kekalkan jarak pemanduan yang selamat antara kenderaan anda dengan kenderaan hadapan. Jika memandu dalam keadaan hujan lebat, kekalkan lebih jarak kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan atau belakang.

4. Ketika memandu, berkemungkinan kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya yang lain untuk memastikan keselamatan anda.

5. Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah bertentangan kerana ia boleh menyilaukan mata anda. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.

6. Sentiasa peka dan berhati hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba tiba untuk mengelak sesuatu objek atau lopak air atau lubang besar di atas jalan raya .

7. Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat keadaan ini sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa cengkaman pada permukaan jalan yang basah. Pandulah kereta dengan perlahan dan berhati hati jika jalan dipenuhi air.

8. Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.

9. Jangan membiarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awas tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.

10. Elak memandu ketika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya ia membuatkan lebih segar dan peka.

11. Anda dinasihatkan memandu kenderaan yang diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tahap cecair brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang kurang sekali setiap minggu.

12. Perhatikan kereta di hadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.

13. Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.

14. Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman yang baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalanraya terutama sekali memandu di waktu malam dan keadaan cuaca buruk.

15. Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak kanak yang berusia lima tahun ke bawah hendaklah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.


Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi yang dituju.

SELAMAT MEMANDU



Jangan memandu secara terburu-buru sehingga terjadi begini. ELAKKAN TRAGEDI.


0 comments:

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS