H1N1 Semakin Membimbangkan
>> 13 August 2009
Hari ini (13.08.09) akhbar Utusan Malaysia Online telah melaporkan bahawa dua orang bayi, seorang bayi perempuan berumur 10 bulan dan seorang lagi bayi lelaki berumur 12 bulan adalah antara enam korban terbaru selesema babi atau influenza A(H1N1) menjadikan jumlah korban setakat ini mencecah 44 orang.
Angka kematian semakin bertambah setiap hari. Sekolah-sekolah juga semakin banyak ditutup. Keadaan ini menimbulkan situasi yang membimbangkan tetapi pihak Kementerian Kesihatan menyatakan perkara ini belum lagi mencapai 'Darurat Kesihatan'. Namun begitu setiap hari ada sahaja kes-kes jangkitan baru dan menyebabkan hospital-hospital kerajaan penuh sesak dengan pesakit.
Dalam hal ini kita sepatutnya mempunyai kesedaran dan memikirkan apakah hikmah di sebalik menularnya wabak pembunuh ini. Dalam Islam sesuatu penyakit atau musibah yang melanda adalah diturunkan oleh Allah S.W.T. kerana ingin mengingatkan manusia bahawa ada perkara mungkar berleluasa yang dilakukan di muka bumi ini. Dalam hal ini tidak kira siapa benar atau siapa salah, semuanya akan terkena.
Oleh itu sama-samalah kita mendoakan dijauhkan daripada bala penyakit ini dan kembalilah kepada ajaran Islam sepenuhnya. Selain itu kebersihan adalah penting dan amalkanlah langkah-langkah kebersihan seperti di bawah.

1 comments:
semuanya daripada AlKHOLIQ. kembalilah kita semua kepada-Nya. pastikan segala apa yang kita lakukan bertepatan dengan kehendak-Nya, agar segala tindak-tanduk kita sentiasa dalam redha-Nya..
Post a Comment