Semangat Merdeka
>> 26 August 2009
Semangat merdeka semakin membara bila tibanya bulan Ogos. Walau di mana kita berada, sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, tanggal 31 Ogos akan menjadi satu tarikh yang amat bermakna. Setiap tahun kita menyambut ulang tahun kemerdekaan negara. Pada tahun ini, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52. Namun begitu adakah pemikiran dan tindakan kita benar-benar menunjukkan diri kita sudah merdeka? Tema pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Semangat merdeka perlu diterapkan dalam diri murid-murid kerana merekalah pewaris bangsa dan negara pada masa hadapan. Jika mereka tidak tahu pahit jerih untuk memerdekakan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dahulu, mereka akan merasakan merdeka itu perkara remeh dan tidak menghargainya.
Oleh itu SK Tedong telah melancarkan Bulan Kemerdekaan di mana semangat patriotik diterapkan ke dalam diri murid-murid selain kawasan sekolah dan kelas-kelas dihias dengan bendera negeri dan negara.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-52 dan Selamat Berpuasa.
MERDEKA!!!

1 comments:
KITA PERLU MEMIKIR, MENCARI JALAN DAN MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH UNTUK MEMERDEKAKAN DIRI, KELUARGA DAN SAUDARA DARIPADA KEDAHSYATAN API NERAKA!
Post a Comment