Selamat Berpuasa
>> 21 August 2009
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Berpuasa juga merupakan satu cara mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga."
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Tetapi janganlah pula asyik tidur dari pagi hingga petang tanpa melakukan amalan wajib iaitu solat. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna pelaksanaannya. InsyaAllah... Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wassalam.
1 comments:
SEMILIR LEMBUT BAYU FIRDAUSIMU MENYAPA, MENGELUS, MENYELINAP DAN MENYELUSURI SELURUH RONGGA, MENGGUGAH KEINSAFAN HAMBA-MU INI, BETAPA DIRI YANG FANA INI PERLU MENGGUNAKAN KESEMPATAN YANG DIANUGERAHI-NYA DENGAN SEMAKSIMUM MUNGKIN DENGAN KEBERADAAN DAN KELANGSUNGAN BULAN KARNIVAL IBADAH YANG PENUH BAROKAH INI, DI MANA DI DALAMNYA DIKURNIAI RAHMAT, MAGHFIROH DAN KELEPASAN DARIPADA API NERAKA.....
Post a Comment