PROGRAM RAWATAN GIGI

>> 08 July 2009

Bermula 2hb Julai 2009, Pusat Kesihatan Merlimau telah mengadakan Program Rawatan Gigi di SK Tedong. Program ini akan berjalan selama 2 minggu bertujuan membuat pemeriksaan dan rawatan pergigian dan seterusnya mendidik murid-murid SK Tedong pentingnya menjaga kebersihan gigi.
Antara aktiviti yang dijalankan oleh petugas dan jururawat pergigian Pusat Kesihatan Merlimau ialah memberi tunjuk ajar cara memberus gigi yang betul dan memeriksa gigi murid-murid. Sebelum murid-murid diberi rawatan pergigian, kebenaran daripada pihak ibu bapa/penjaga murid diminta terlebih dahulu. Jika ibu bapa/penjaga tidak memberi kebenaran, maka seseorang murid itu tidak akan diberi rawatan pergigian. Tetapi nampaknya semua murid mendapat kebenaran untuk diberi rawatan. Syabas kepada ibu bapa/penjaga yang sedar akan pentingnya menjaga kesihatan gigi.

Murid-murid diajar cara memberus gigi yang betul.


Seorang murid sedang menerima rawatan pergigian.


Kalau gigi tidak dijaga, ini akibatnya.....


Beginilah gigi yang dijaga bersih, senyum nampak cantik kan....

3 comments:

abuhaziq Thursday, 09 July, 2009  

Mengimbau kenangan semasa berstatus murid sekolah rendah lebih 30 tahun dulu. Rawatan pergigian untuk murid-murid dibuat di klinik gigi di sebuah pekan yang jauhnya lebih 4 km dari sekolah. Murid-murid yang ingin mendapatkan rawatan gigi terpaksa mengayuh basikal ke pekan. Bayangkan.. pergi pukul lapan pagi. Siap menerima rawatan dan balik semula ke sekolah dan tiba di sekolah, setengah jam kemudian loceng pun berbunyi menandakan waktu pulang!

TokMoh Thursday, 09 July, 2009  

Itulah kesusahan zaman dulu yang tidak dapat dirasai oleh murid-murid kini. Sekarang masuk je bilik darjah, banyak kemudahan ada. Agaknya sebab tidak merasa kesusahan maka jati diri di kalangan murid-murid sekarang tidak ada.

Karl Friday, 10 July, 2009  

kanangan saya pulak.. tanya nurse.. kalau kita gosok gigi kuar darah.. pastu tak yag gosok gigi tu sampai bila2 takut nanti darah balik.
huhhu

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS