Pengertian Kemerdekaan Dalam Islam
>> 30 August 2009
Maksudnya:Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.Semangat Merdeka
>> 26 August 2009
Semangat merdeka perlu diterapkan dalam diri murid-murid kerana merekalah pewaris bangsa dan negara pada masa hadapan. Jika mereka tidak tahu pahit jerih untuk memerdekakan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dahulu, mereka akan merasakan merdeka itu perkara remeh dan tidak menghargainya.
Oleh itu SK Tedong telah melancarkan Bulan Kemerdekaan di mana semangat patriotik diterapkan ke dalam diri murid-murid selain kawasan sekolah dan kelas-kelas dihias dengan bendera negeri dan negara.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-52 dan Selamat Berpuasa.
MERDEKA!!!
Selamat Berpuasa
>> 21 August 2009
Assalamualaikum...Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah SAW:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Berpuasa juga merupakan satu cara mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga."
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hambaNya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Tetapi janganlah pula asyik tidur dari pagi hingga petang tanpa melakukan amalan wajib iaitu solat. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna pelaksanaannya. InsyaAllah... Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wassalam.
Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat UPSR 2009
>> 20 August 2009
Pihak sekolah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T dan memberi taufik serta hidayah kepada murid-murid Tahun 6 SK Tedong agar mencapai kejayaan cemerlang dalam UPSR. InsyaAllah...
En. Anuar b. Abu Bakar (GPK 1) memberi ucapan.Menangani Influenza A (H1N1)
>> 15 August 2009
H1N1 Semakin Membimbangkan
>> 13 August 2009
Angka kematian semakin bertambah setiap hari. Sekolah-sekolah juga semakin banyak ditutup. Keadaan ini menimbulkan situasi yang membimbangkan tetapi pihak Kementerian Kesihatan menyatakan perkara ini belum lagi mencapai 'Darurat Kesihatan'. Namun begitu setiap hari ada sahaja kes-kes jangkitan baru dan menyebabkan hospital-hospital kerajaan penuh sesak dengan pesakit.
Dalam hal ini kita sepatutnya mempunyai kesedaran dan memikirkan apakah hikmah di sebalik menularnya wabak pembunuh ini. Dalam Islam sesuatu penyakit atau musibah yang melanda adalah diturunkan oleh Allah S.W.T. kerana ingin mengingatkan manusia bahawa ada perkara mungkar berleluasa yang dilakukan di muka bumi ini. Dalam hal ini tidak kira siapa benar atau siapa salah, semuanya akan terkena.
Oleh itu sama-samalah kita mendoakan dijauhkan daripada bala penyakit ini dan kembalilah kepada ajaran Islam sepenuhnya. Selain itu kebersihan adalah penting dan amalkanlah langkah-langkah kebersihan seperti di bawah.
Read more...
MENCERIAKAN MAKMAL KOMPUTER
>> 05 August 2009

En. Zulkarnain dan En. Zuraimi tekun mengecat. Formal habis sebab pakai kemeja kotak tuuu....
Read more...
MERENTAS DESA
>> 01 August 2009
Tahniah kepada semua warga SK Tedong kerana berjaya menganjurkan program ini.










