Majlis Penutupan IKON Sekolah
>> 01 October 2011


Pada hari Jumaat (23.9.11) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Tedong. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di dewan SK Tedong. Majlis dimulai dengan perarakan masuk ke dewan pelajar-pelajar Tahun 6 seramai lima puluh orang yang mengkhatam Al-Quran. Selepas majlis khatam selesai, diadakan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis begitu meriah dan berseri kerana semua murid dan kakitangan sekolah berpakaian hari raya. Tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.
Pada 7 September 2011, bermula jam 7.00 malam telah berlangsung Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR Siri 3 Peringkat SK Tedong. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa (Penyelia Kanan Unit Pend. Islam PPD Jasin) selaku Bapa Angkat SK Tedong dan Tn. Hj. Matsah bin Othman (Kaunselor Pentadbir PPD Jasin). Antara aturcara majlis ialah Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Isyak berjemaah, Ucapan Guru Besar, Ucapan Bapa Angkat, Ucapan YDP PIBG, Upacara Memohon Restu dan Jamuan. Tujuan majlis diadakan ialah memohon keberkatan ke hadrat Allah S.W.T. agar murid-murid Tahun 6 lulus dengan cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada 13 hingga 15 September ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.
Pada 17 Ogos 2011 yang lalu, SK Tedong telah menganjurkan Program Motivasi Mutiara Sideq. Program ini bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.40 pagi. Program Motivasi Mutiara Sideq ini melibatkan semua murid Tahun 4,5,dan 6. Objektif program ini ialah meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih gigih, mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Penceramah jemputan yang diundang ialah Encik Khairul bin Che Salleh dari Qausar Konsultan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini teutamanya guru-guru pelatih dari IPG Kampus Melaka.Klik di sini untuk melihat album gambar.
Unit ICT SK Tedong telah mengadakan Minggu Bestari 2011 pada 11 hingga 15 Julai yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Ismail Bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan sepanjang Minggu Bestari tersebut. Antara aktiviti ialah Kuiz ICT Spontan, Kuiz ICT Bertulis, Meneka Barangan ICT, Pertandingan PhotoScape, Pertandingan Mewarna Online dan Pertandingan Banner. Tujuan utama Minggu Bestari ini ialah untuk mempertingkatkan kemahiran ICT di kalangan warga SK Tedong. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Tedong yang telah menyertai setiap aktiviti dan memberi kerjasama dalam menjayakan Minggu Bestari tersebut. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dijalankan pada 25 Julai 2011.
Pada 19.5.2011, SK Tedong telah menjadi pengelola Pertandingan Pidato Piala YAB Ketua Menteri Melaka, Peringkat Saringan Sekolah Rendah Negeri Melaka. Sebanyak 15 buah sekolah dari seluruh Negeri Melaka iaitu SK Kesang Tua, SK Air Baruk, SK Pulai, SK Serkam, SK Serkam Darat, SK Batu Berendam 2, SK Telok Mas, SK Dato Palembang, SK Sri Laksamana, SK Bukit Beringin, SK Alor Gajah 1, SK Melekek, SK Bukit Baru, SK Kg Tun Razak, dan SK (P) Methodis 2 telah terpilih menyertai pertandingan ini. Para peserta begitu hebat menyampaikan pidato masing-masing yang terbahagi kepada dua kategori iaitu Pidato Umum dan Pidato Spontan. Lima peserta terbaik akan memasuki Pertandingan Akhir Pidato Piala YAB Ketua Menteri Melaka yang akan berlangsung di Sri Negeri, Ayer Keroh pada bulan Jun nanti. Lima peserta terbaik itu ialah Adik Siti Nur Alia bt. Safri (SK Serkam), Adik Ain Nurfitrah bt. Aidrul Hisham (SK (P) Methodis 2), Adik Amirah Hamizah bt. Rosli (SK Telok Mas), Adik Nornajwa bt. Zainudin (SK Batu Berendam 2), dan Adik Fatin Nur Syakirah bt. Rashid (SK Serkam Darat). Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Daud bin Abdull (Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPM). Tahniah dan syabas kepada para pemenang dan peserta. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lihat album gambar.
Pada 9.5.2011 Pusat Sumber SKT telah mengadakan Majlis Pelancaran Ikon Sekolah Musim Ke-2. Majlis ini telah diadakan di Tapak Perhimpunan bermula jam 7.40 pagi. Acara perasmian telah disempurkan oleh En. Rosidi Bin Umar (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Serkam). Tahniah kepada Pn. Rohani Binti Ismail (Guru Media) dan AJK Pelaksana kerana telah berjaya mengadakan majlis ini. Lihat album gambar.
Pada 29.4.2011(Jumaat), telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SK Tedong Ke-37. Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan SK Tedong bermula jam 3.00 petang dan dirasmikan oleh YB Senator Datuk Akbar Bin Ali. Kehadiran ibu bapa/penjaga dalam mesyuarat ini agak memberangsangkan dan ini menunjukkan komitmen kepada pihak sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian anak-anak dalam pelajaran. Majlis ini telah diserikan dengan persembahan nazam di mana ahlinya terdiri daripada ibu-ibu dan anak-anak Kampung Tedong. Dalam mesyuarat agung kali ini tidak ada pembubaran AJK. Mesyuarat diakhiri dengan cabutan bertuah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lihat album gambar.
Kembali ke ATAS