Majlis Persaraan GPK HEM

>> 21 February 2012

Pada 18 Januari 2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Ismail bin Husin (GPK HEM). Majlis ini telah berlangsung di dewan SK Tedong dengan penuh warna-warni. Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PPD Jasin iaitu Encik Othman bin Hj. Salleh selaku bapa angkat SK Tedong. Majlis ini bertambah seri apabila Cikgu Ismail hadir bersama-sama dengan isteri tercinta. Cikgu Ismail bin Husin telah berkhidmat sebagai pendidik selama lebih kurang 33 tahun. Antara sekolah yang pernah beliau bertugas ialah SK Teluk Sengat(Kota Tinggi,Johor), SK Dato’ Hj. Baginda (Melaka), SK Bukit Tembakau (Melaka), dan SK Tedong. SK Tedong begitu terasa akan kehilangan Cikgu Ismail kerana beliau merupakan seorang GPK HEM yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Semua warga SK Tedong mendoakan agar Cikgu Ismail sentiasa sihat dan ceria selalu dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.Selamat Bersara.

Read more...

Selamat Kembali ke Sekolah

>> 05 January 2012

Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Kembali ke Sekolah" kepada semua murid SK Tedong. Kepada murdi-murid Tahun 1, selamat datang diucapkan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2012. Semoga semua murid, guru dan staf sokongan terus cemerlang mengharungi tahun 2012.

Read more...

Perkhemahan Unit Beruniform 2011

>> 06 October 2011

Pada 30 September,1 dan 2 Oktober 2011 telah berlangsung Perkhemahan Unit Beruniform SK Tedong bagi tahun 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di padang sekolah dan disertai oleh empat unit uniform iaitu Pengakap Kanak-kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah, PBSM dan Puteri Islam. Perkhemahan ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 6. Semua murid begitu bersemangat menjalankan aktiviti perkhemahan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah tidur di dalam khemah. Syabas kepada semua murid yang telah mengikuti perkhemahan ini. Sila lihat album gambar.

Read more...

Majlis Penutupan IKON Sekolah

>> 01 October 2011

Pada 29.9.2011 (Jumaat) SK Tedong telah mengadakan Majlis Penutupan IKON Sekolah 2011. Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di dewan sekolah. IKON Sekolah merupakan program anjuran Pusat Sumber Sekolah diketuai Pn. Rohani binti Ismail dan AJK PSS di mana pelbagai aktiviti dijalankan melibatkan semua Panitia Mata Pelajaran. Markah pelajar dikumpul sepanjang tahun berdasarkan penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti panitia. Johan IKON Sekolah Tahap 1 telah dimenangi oleh Adik Saidatul Hanii Ainura bt. Mohd. Ghazali (3 Bestari) manakala untuk Tahap 2 telah disandang oleh Adik Sharifah Nurnazifah bt. Mohd. Azmi (6 Bestari). Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn. Surita binti Saad sebagai Pengarah Urusan MUARA KEMBAR FOOD INDUSTRY SDN BHD. Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila lihat album gambar.

Read more...

Majlis Khatam Al-Quran & Sambutan Aidilfitri 2011

>> 27 September 2011

Pada hari Jumaat (23.9.11) telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SK Tedong. Majlis bermula pada jam 9.00 pagi bertempat di dewan SK Tedong. Majlis dimulai dengan perarakan masuk ke dewan pelajar-pelajar Tahun 6 seramai lima puluh orang yang mengkhatam Al-Quran. Selepas majlis khatam selesai, diadakan pula sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis begitu meriah dan berseri kerana semua murid dan kakitangan sekolah berpakaian hari raya. Tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...

Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR Siri 3

>> 08 September 2011

Pada 7 September 2011, bermula jam 7.00 malam telah berlangsung Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin UPSR Siri 3 Peringkat SK Tedong. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Mulia Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa (Penyelia Kanan Unit Pend. Islam PPD Jasin) selaku Bapa Angkat SK Tedong dan Tn. Hj. Matsah bin Othman (Kaunselor Pentadbir PPD Jasin). Antara aturcara majlis ialah Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat berjemaah, Bacaan Yasin, Solat Isyak berjemaah, Ucapan Guru Besar, Ucapan Bapa Angkat, Ucapan YDP PIBG, Upacara Memohon Restu dan Jamuan. Tujuan majlis diadakan ialah memohon keberkatan ke hadrat Allah S.W.T. agar murid-murid Tahun 6 lulus dengan cemerlang dalam UPSR yang akan dihadapi pada 13 hingga 15 September ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...

MOTIVASI MUTIARA SIDEQ

>> 22 August 2011

Pada 17 Ogos 2011 yang lalu, SK Tedong telah menganjurkan Program Motivasi Mutiara Sideq. Program ini bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10.40 pagi. Program Motivasi Mutiara Sideq ini melibatkan semua murid Tahun 4,5,dan 6. Objektif program ini ialah meningkatkan motivasi murid untuk belajar dengan lebih gigih, mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid dan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid. Penceramah jemputan yang diundang ialah Encik Khairul bin Che Salleh dari Qausar Konsultan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini teutamanya guru-guru pelatih dari IPG Kampus Melaka.Klik di sini untuk melihat album gambar.

Read more...

Minggu Bestari 2011

>> 16 July 2011

Unit ICT SK Tedong telah mengadakan Minggu Bestari 2011 pada 11 hingga 15 Julai yang lalu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd Ismail Bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong. Pelbagai aktiviti yang dirancang telah dijalankan sepanjang Minggu Bestari tersebut. Antara aktiviti ialah Kuiz ICT Spontan, Kuiz ICT Bertulis, Meneka Barangan ICT, Pertandingan PhotoScape, Pertandingan Mewarna Online dan Pertandingan Banner. Tujuan utama Minggu Bestari ini ialah untuk mempertingkatkan kemahiran ICT di kalangan warga SK Tedong. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Tedong yang telah menyertai setiap aktiviti dan memberi kerjasama dalam menjayakan Minggu Bestari tersebut. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan dijalankan pada 25 Julai 2011.

Read more...

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia

>> 05 July 2011



Pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 berlangsungnya Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Tedong. Larian ini sebenarnya dijalankan serentak seluruh negara bermula jam 7.45 pagi anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti larian ini telah disertai oleh semua murid SK Tedong, guru-guru, dan ibu bapa. Selepas aktiviti larian tamat, diadakan acara sukaneka bagi memeriahkan lagi aktiviti larian tersebut. Syabas diucapkan kepada semua peserta larian kerana mengambil bahagian. Sila lihat album gambar acara larian dan sukaneka tersebut.


Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS