Bahan LINUS
15 years ago
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Baling (L) SK Tedong kerana telah berjaya muncul Johan dalam Kejohanan Bola Baling SR Kawasan Merlimau. Kejohanan ini telah diadakan pada 27 dan 28 Mac 2012, bertempat di SK Serkam Darat, Merlimau, Melaka. Di atas kejayaan ini, Pasukan Bola Baling (L) SK Tedong akan mewakili Kawasan Merlimau ke peringkat negeri kelak. Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Cikgu Yazid b. Md. Tap yang telah berjaya melatih pasukan ini muncul juara dan juga pengurus pasukan Cikgu Wan Azman b. Wan Mamat dari segi pengurusan pasukan. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbir iaitu Guru Besar (Tn. Hj. Mohd Ismail b. Puteh) dan GPKKOKU (En. Fazari b. Ali) yang telah memberi kerjasama sehingga SK Tedong berjaya mengecapi kejayaan ini. Tahniah semua warga SK Tedong.
SK Tedong telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Story Telling Level 2 Kawasan Merlimau. Pertandingan ini telah diadakan pada 27.3.2012 (Selasa) bertempat di SJKC Chung Hwa, Sungai Rambai, Melaka. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Adik Muhammad Rusyaidi bin Zuraimi yang mewakili SK Tedong dan muncul sebagai Johan dalam pertandingan ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Fadzilah bt. Hasan dan semua pihak yang terlibat dalam membimbing Adik Muhammad Rusyaidi dalam pertandingan ini. Semoga Adik Muhammad Rusyaidi akan terus cemerlang dalam Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri Melaka kelak.
Pada 27.2.2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Pertandingan merentas desa ini bermula pada pukul 4.00 petang sewaktu kegiatan ko-kurikulum. Semua murid Tahun 4,5,dan 6 terlibat dalam pertandingan ini. Tujuannya ialah melaksanakan salah satu aktiviti ko-kurikulum sekolah di samping untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan merentas desa peringkat kawasan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Sila klik di sini untuk melihat album gambar.
SK Tedong bersama PIBG telah mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke-38 Sesi 2012 pada 4.2.2012 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj. Ghazale Bin Muhamad (ADUN KAW. SERKAM). Kehadiran ibu bapa/penjaga murid-murid amat menggalakkan dan majlis berlangsung dengan jayanya. Agenda yang paling penting dalam Mesyuarat Agung kali ini ialah pemilihan jawatan kuasa PIBG yang baru. Hasil keputusan pemilihan ialah Datuk Akbar Ali telah dilantik sebagai YDP PIBG yang baru bagi sesi 2012/2014 menggantikan Encik Radhuan Bin Abdul. Naib YDP PIBG masih kekal disandang oleh Puan Khatijah binti Bahari. Pihak PIBG SK Tedong mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan jawatan kuasa PIBG sesi 2010/2012 di atas jasa bakti yang telah dicurahkan. Ucapan tahniah juga diucapkan kepada barisan jawatan kuasa PIBG SK Tedong sesi 2012/2014 yang baru dilantik. Semoga kita semua berusaha dengan lebih gigih untuk menjadikan SK Tedong lebih cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Pada 18 Januari 2012 yang lalu, SK Tedong telah mengadakan Majlis Persaraan Cikgu Ismail bin Husin (GPK HEM). Majlis ini telah berlangsung di dewan SK Tedong dengan penuh warna-warni. Turut hadir dalam majlis ini ialah wakil PPD Jasin iaitu Encik Othman bin Hj. Salleh selaku bapa angkat SK Tedong. Majlis ini bertambah seri apabila Cikgu Ismail hadir bersama-sama dengan isteri tercinta. Cikgu Ismail bin Husin telah berkhidmat sebagai pendidik selama lebih kurang 33 tahun. Antara sekolah yang pernah beliau bertugas ialah SK Teluk Sengat(Kota Tinggi,Johor), SK Dato’ Hj. Baginda (Melaka), SK Bukit Tembakau (Melaka), dan SK Tedong. SK Tedong begitu terasa akan kehilangan Cikgu Ismail kerana beliau merupakan seorang GPK HEM yang begitu komited dalam menjalankan tugasnya. Semua warga SK Tedong mendoakan agar Cikgu Ismail sentiasa sihat dan ceria selalu dalam mengharungi kehidupan yang mendatang.Selamat Bersara.
Pihak sekolah mengucapkan "Selamat Kembali ke Sekolah" kepada semua murid SK Tedong. Kepada murdi-murid Tahun 1, selamat datang diucapkan untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2012. Semoga semua murid, guru dan staf sokongan terus cemerlang mengharungi tahun 2012.
Pada 30 September,1 dan 2 Oktober 2011 telah berlangsung Perkhemahan Unit Beruniform SK Tedong bagi tahun 2011. Perkhemahan ini telah diadakan di padang sekolah dan disertai oleh empat unit uniform iaitu Pengakap Kanak-kanak, Tunas Kadet Remaja Sekolah, PBSM dan Puteri Islam. Perkhemahan ini melibatkan murid-murid Tahun 4 dan Tahun 6. Semua murid begitu bersemangat menjalankan aktiviti perkhemahan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah tidur di dalam khemah. Syabas kepada semua murid yang telah mengikuti perkhemahan ini. Sila lihat album gambar.
Kembali ke ATAS