MESYUARAT AGUNG PIBG 2013

>> 07 February 2013

Pada 1 Februari 2013 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39. Majlis diadakan di Dewan Terbuka SKT bermula jam 2.30 petang. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah (Ahli Parlimen Jasin). Turut hadir menyerikan majlis ialah Tn. Hj. Yahya bin Hashim (Penyelia PPD Jasin-Unit Maklumat) selaku Bapa Angkat SKT. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan dan menggembirakan hati YDP PIBG iaitu Datuk Akbar b. Ali. Dalam majlis ini turut disampaikan hadiah galakan UPSR 2012, penyerahan wang zakat dan cabutan bertuah. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SKT Ke-39 ini. Lihat Album Gambar

Read more...

SENARAI KELAS & GURU KELAS 2014

>> 31 January 2013


Read more...

STAFF SK TEDONG 2013

>> 23 January 2013




Read more...

PELANCARAN PROGRAM i-Think

>> 15 January 2013

Pada 14 Januari 2013, SK Tedong telah mengadakan Majlis Pelancaran Program i-Think, Sekolah Rintis Negeri Melaka 2013. Majlis ini telah diadakan di Dewan Terbuka SK Tedong dan dirasmikan oleh Cik Kamariah Binti Ismail (Penolong Pengarah Unit Bahasa Inggeris, JPM). Turut hadir menyerikan majlis ialah En. Abdullah bin Abdul Wahid (Pen. PPD-Sains & Matematik, PPD Jasin), Datuk Akbar bin Ali (YDP PIBG SKT) dan AJK PIBG SKT. SK Tedong amat teruja dan berbangga kerana terpilih antara seribu buah sekolah seluruh negara menjadi sekolah rintis Program i-Think yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk tahun 2013. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya agar program ini berjalan lancar dan berjaya menghasilkan murid-murid yang berfikiran inovatif dan kreatif. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perasmian ini.

Read more...

SELAMAT DATANG

>> 08 January 2013

SK Tedong mengalu-alukan kedatangan guru dan staf sokongan yang baru untuk tahun 2013. Guru tersebut ialah En. Daud bin Ahmad (GPK KOKU), Tn. Hj. Rashidi b. Bahari (MT), Pn. Saiedah bt. Mazelan (j-QAF), Manakala staf sokongan yang baru ialah Pn. Norasyikin (Pem. Tadbir), Cik Auni Diyana bt. Mohd Zaimi (Pem. N17), dan Pn. Zarina bt. Arifin (Pembantu Pra).


Read more...

SUKANEKA SKT 2012

>> 30 October 2012

Pada 18.10.2012 yang lalu, SKT telah mengadakan Sukaneka Peringkat Sekolah. Sukaneka ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 6.00 petang bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Walaupun SKT tidak mempunyai padang, namun kegiatan sukan masih tidak diabaikan. Acara berlangsung dengan meriah dan semua murid mengambil bahagian dengan penuh semangat. Ibu bapa juga turut hadir memberi sokongan moral kepada anak-anak yang mengambil bahagian. Sukaneka ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG SKT, Datuk Akbar bin Ali manakala hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh GPK 1 dan Guru Besar SKT. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan sukaneka ini. Lihat Album Gambar.

Read more...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & MERAIKAN BAKAL HAJI

>> 01 October 2012

Pada 26 September 2012, SKT telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Meraikan Bakal Haji. Majlis ini bermula jam 11.00 pagi bertempat di Dewan SKT. Khatam Al-Quran melibatkan seramai 52 orang murid-murid Tahun 6. Syabas diucapkan kepada mereka kerana telah berjaya mengkhatam Al-Quran. Pada tahun ini, seorang guru SKT iaitu Pn. Patimah binti Saleh akan menunaikan ibadah haji. Beliau akan bertolak ke Tanah Suci Mekah pada 30 September 2012. Semoga beliau dan suami akan memperoleh haji yang mabrur. Sila lihat ALBUM GAMBAR.

Read more...

AKTIVITI MEWARNA

>> 12 September 2012

 Aktiviti Mewarna ini dijalankan pada 12.9.12 melibatkan murid-murid Tahun 1, 2, dan 3. Temanya ialah hari kemerdekaan. Aktiviti ini dijalankan di kantin sekolah kerana bilik darjah murid-murid berkenaan bersebelahan dengan Dewan Peperiksaan UPSR.

Read more...

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT UPSR KE-2

>> 06 September 2012

Pada 30 Ogos 2012, SK Tedong dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR Ke-2. Majlis ini bermula pada pukul 7 malam bertempat di Dewan SK Tedong. Objektif majlis ini diadakan ialah untuk memohon doa dan hajat kepada Allah S.W.T agar memberi taufik dan hidayah kepada murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR dan mencapai keputusan yang cemerlang. Majlis ini dipimpin oleh Imam 3 Masjid Kg. Tedong iaitu En. Buang b. Abu Hasan. Sambutan daripada ibubapa murid Tahun 6 juga amat menggalakan. Pihak SK Tedong merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Sila lihat ALBUM GAMBAR.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS