Perkhemahan Unit Beruniform SK Tedong 2010
>> 18 October 2010
Untuk gambar-gambar menarik sepanjang perkhemahan, sila klik
Pada 1 Oktober 2010, pihak SK Tedong telah menganjurkan satu lagi majlis yang merangkumi 3 perkara iaitu Khatam Al-Quran, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri, dan Meraikan Guru-guru Bakal Haji. Majlis ini telah berjaya dianjurkan dengan meriahnya.
Pada 30 September 2010, SK Tedong telah menganjurkan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2010. Antara aturcara majlis ialah persembahan lagu patriotik dari setiap kelas bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Selain itu disampaikan juga hadiah kepada pemenang Pertandingan Kelas Tercantik dengan hiasan semangat patriotik. Untuk melihat album gambar Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan ini, sila klik disini.
Pada 21 - 23 September 2010, akan bermulalah UPSR 2010 bagi seluruh sekolah rendah di negara kita. Semoga semua murid Tahun 6 telah bersedia dan bersemangat untuk menduduki UPSR ini. Kepada murid-murid Tahun 6 SK Tedong, buktikan keunggulan anda dan semoga anda semua mencapai keputusan yang cemerlang, insyaAllah...Menanti di fasa terakhir Ramadhan ini ialah bebasnya dari api Neraka dalam ertikata setelah melalui dua Fasa Ramadhan, maka di penghujung Ramadhan janji Allah kepada manusia ialah terbebasnya manusia dari api neraka. Terbebasnya manusia dari api neraka ini merupakan hadiah Rabbul Jalil kepada mereka yang bersungguh-sungguh memenuhi Ramadhan dengan keyakinan , kepercayaan, ketelusan dan kesabaran mereka inilah yang akan diampunkan oleh Allah SWT. Fasa terakhir Ramadhan ini dianugerahkan oleh Allah SWT dengan malam Lailatul Qadar. Umat Islam akan memperoleh pahala dan keberkatan amalan dengan melebihi seribu bulan. Walau bagaimanapun ia hanya boleh diraih bagi mereka yang berusaha keras dengan mengikut tertib dan amalan yang telah digaris pandukan oleh para ahli ibadat dan salafussoleh.
Untuk mendapatkan kemuliaan dan keagungan malam fasa ketiga dan terakhir Ramadhan ini ialah dengan memperbanyakkan (1) berzikir, (2) bertakbir, (3) bertahlil, (4) berdoa, (5) beriktikaf, (6) bertadarus Al-Quran hingga khatam, (7) beristighfar dan (8) mendirikan Qiamullail.
Wallahua'lam.
Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).
Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.
Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Allahumma innaka ‘afuuwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annaa
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami
Terjemahan perkataan :
اللَّهُمَّ (Allahumma) – Ya Allah
إِنَّكَ (innaka) – sesungguhnya engkau
عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf
تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai
العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan
فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah
عَنَّا (‘annaa) – dari kami.
Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah seterusnya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat yang kekal abadi.
Sumber: Ustaz Abd Rahman bin Jamaan
Selamat Datang dan Selamat Bertugas diucapkan kepada Puan Noraslinda binti Selamat yang telah mendaftarkan diri sebagai guru baru di SK Tedong pada 16 Ogos 2010. Beliau baru sahaja tamat pengajian KPLI di IPG Kampus Perlis dalam bidang Pendidikan Muzik/Kemahiran Hidup. SK Tedong merupakan sekolah pertama beliau berkhidmat. Seluruh warga SK Tedong mengalu-alukan kedatangan beliau.
Kembali ke ATAS