Little Starz SKT

>> 26 April 2011

Pada 25 April 2011 telah berlangsung Pertandingan Nyanyian Lagu Kanak-kanak Bahasa Inggeris (Little Starz). Pertandingan ini bermula jam 4.00 petang semasa aktiviti kokurikulum. Pertandingan nyanyian ini dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Inggeris dan terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5, dan 6 secara berkumpulan. Objektif pertandingan ialah memberi peluang kepada pelajar menampilkan kebolehan mereka dalam bidang kebudayaan dan kesenian. Selain itu penggunaan dan kemahiran Bahasa Inggeris pelajar dapat dipertingkatkan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh En. Anuar Bin Abu Bakar (GPK Pentadbiran). Tahniah kepada semua peserta dan pemenang. Lihat album gambar.

Read more...

Solat Hajat & Bacaan Yasin Siri 1 UPSR 2011

Pada 14 April 2011, SK Tedong dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin Siri 1 UPSR 2011. Majlis ini telah diadakan di SK Tedong bermula jam 7.00 malam. Pengisian majlis ialah Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yasin, dan Solat Isyak. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga mendapat keberkatan dan taufik hidayah daripada Allah S.W.T. Lihat album gambar.

Read more...

LDP 3

>> 11 April 2011

Pada 9.4.2011 (Sabtu), SK Tedong mengadakan LDP 3 bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang. Terdapat 2 slot dalam LDP kali ini. Slot pertama ialah membina bahan bantu mengajar menggunakan Majalah Kuntum. Slot ini dikendalikan oleh Pn. Rohani bt. Ismail (Guru Media SKT) membimbing guru-guru menghasilkan BBM daripada keratan Majalah Kuntum.
Slot kedua pula mengenai QNET. Guru-guru dibimbing membuat pengiraan target pencapaian sekolah dan panitia bagi subjek teras dan mengisi markah pencapaian murid-murid di dalam borang khas QNET. Slot ini dikendalikan oleh En. Sabarudin b. Saleh (Penyelaras QNET SKT).
Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...

Olahraga MSSM 2011 Kawasan Merlimau

>> 06 April 2011

Pada 29, 30, dan 31 Mac 2011, SK Tedong bersama SMK Seri Mahkota dan SMA Sayyidah Khadijah menjadi penganjur Kejohanan Olahraga MSSM Kawasan Merlimau. Kejohanan olahraga ini telah diadakan di Stadium IPG Kampus Melaka. Semua sekolah rendah dan menengah Kawasan Merlimau telah menyertai kejohanan olahraga ini. Apa yang menjadi kebanggaan ialah SKT telah berjaya menggondol 2 pingat emas (Lontar Peluru L10&P10) dan 1 pingat gangsa (Lempar Cakera L12). Perasmian penutup kejohanan olahraga ini telah disempurnakan oleh wakil rakyat Kawasan Merlimau iaitu YB Roslan bin Ahmad. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan kejohanan olahraga ini. Lihat album gambar.

Read more...

Sepetang Berpuisi

>> 30 March 2011

Pada hari Isnin 28.3.2011, Persatuan Bahasa Melayu SK Tedong telah menganjurkan Pertandingan Mendeklamasi Sajak. Pertandingan ini bermula pada jam 4.00 petang dan terbuka kepada murid-murid tahun 4, 5, dan 6. Seramai 32 orang murid telah menyertai pertandingan ini. Selain itu, terdapat juga guru-guru SK Tedong yang membuat persembahan bakat mendeklamasikan sajak. Tahniah dan syabas kepada semua peserta kerana menunjukkan bakat tersendiri. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tn Hj. Mohd Ismail bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong.Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...

Sejenak Bersama Kaunselor JPM/PPD

>> 05 March 2011

Pada 3.3.2011, SK Tedong telah didatangi oleh empat orang pegawai Unit Kaunseling dan Psikologi JPM/PPD diketuai Ketua Sektor unit tersebut iaitu En. Isa Bin Jolan. Program lawatan bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Objektif program adalah untuk memberikan perkhidmatan kaunseling dan konsultasi di samping meningkatkan motivasi warga sekolah. Antara pengisian program ialah ceramah motivasi, ujian personaliti dan sesi soal jawab. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi dapat diamalkan dalam kehidupan seharian ke arah kecemerlangan. Lihat album gambar.

Read more...

Kursus Kepimpinan 2011

>> 28 February 2011

Sabtu (26.2.2011) - Unit HEM SK Tedong telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah, PSS, SPBT, Ketua Darjah, Ketua Unit Beruniform dan Persatuan. Kursus ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di SK Tedong. Pengisian kursus terbahagi kepada tiga slot. Slot 1 merupakan ceramah motivasi bertajuk Pemimpin Cemerlang Sekolah Gemilang disampaikan oleh Tn. Hj. Matshah Bin Hj. Othman (Kaunselor Pentadbiran PPD Jasin).
Slot 2 pula merupakan bengkel bertajuk Skop Tugasan/Bidang Tugas dikendalikan oleh Cikgu Nur Edayu binti Ramli bersama guru-guru SK Tedong. Manakala Slot 3 merupakan Ujian Personaliti untuk menguji personaliti para pelajar yang terlibat. Kursus ini berakhir pada jam 12.30 t/hari. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Lihat album gambar.

Read more...

Sejenak Bersama Kuntum

>> 25 February 2011

Pada 22.2.2011, SK Tedong sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh kakitangan penerbitan Majalah Kuntum bersempena Kempen Galakan Membaca Peringkat SK Tedong. Pihak Majalah Kuntum membuat lawatan kerana SK Tedong merupakan salah sebuah sekolah dalam Kawasan Merlimau yang melanggan majalah ini secara tetap. Dalam program lawatan ini, pihak Majalah Kuntum telah menghadiahkan senaskhah majalah keluarannya secara percuma kepada setiap warga SK Tedong. Para pelajar begitu teruja apabila maskot Kuntum turut sama hadir dan bergambar bersama warga SK Tedong. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kakitangan Majalah Kuntum diatas lawatan ini. Membaca Jambatan Ilmu. Lihat album gambar.

Read more...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

>> 19 February 2011


Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW, SK Tedong telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada hari Khamis (17/2/2011) bersamaan 14 Rabiul Awal 1432 Hijrah. Penceramah jemputan ialah Yang Berbahagia Ustaz Haji Ayob bin Awaf. Objektif sambutan Maulidur Rasul ini ialah menyemai rasa cinta kepada Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW, memahami perjalanan sirah agung Rasulullah SAW dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Di penghujung majlis diadakan kuiz spontan untuk para pelajar menjawab soalan berkaitan Rasulullah SAW. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Ismail bin Puteh selaku Guru Besar SK Tedong. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Lihat album gambar.

Read more...
Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS