Pemantauan Kelompok PPD Jasin

>> 28 April 2010

Pada 27 April 2010, rombongan pegawai dari PPD Jasin telah membuat pemantauan kelompok di SK Tedong. Turut hadir bersama ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Jasin iaitu En. Yusof bin Ahmad. Pemantauan yang dibuat meliputi fail-fail pentadbiran sekolah, fail-fail panitia mata pelajaran, rekod persedian mengajar guru, buku latihan murid dan mencerap guru mengajar. Semoga ulasan yang telah diberikan oleh pihak PPD Jasin akan dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi kecemerlangan SK Tedong.

3 comments:

hjjawe Thursday, 29 April, 2010  

kadangkala kamu tidak suka akan sesuatu perkara, namun Allah menjadikan apa yang kamu tidak suka itu suatu kebaikan yang banyak...

TokMoh Thursday, 29 April, 2010  

Betul tu.kekadang perkara yang kita suka sebenarnya memudaratkan kita tetapi perkara yang kita benci sebenarnya membawa kebaikan...renung-renungkanlah...

Anonymous Thursday, 29 April, 2010  

terimalah dengan hati yang terbuka segala kelemahan dan kekurangan yang ada seterusnya jadikannya satu permulaan untuk kecermelangan dimasa depan.
hanya orang yang sentiasa berlapang fikiran sahaja yang akan terima angin perubahan yang sedang bertiup.

Hak cipta diubahsuai oleh SK Tedong. Untuk paparan yang cantik dan memuaskan, sila gunakan Mozilla Firefox 3 atau Internet Explorer 7 ke atas. SK Tedong tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan data atau kerosakan perkakasan anda semasa melayari laman blog ini. Sekian terima kasih. Ingatlah tanggungjawab kita : "NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA"

Kembali ke ATAS